Hak kebebasan beragama
Definisi
Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau
masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau
terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak
mengikut apa-apa agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama,
agama-agama lain bebas diamalkan dan pemerintah tidak menghukum atau menindas
pengikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi. Selain itu, tiada paksaan
masyarakat untuk menganuti mana-mana agama.
Peruntukan Undang-undang
Perkara 11 (5) meperuntukan seluruh rakyat berhak memilih agama kecuali
kaum melayu iaitu agama Islam. Setiap agama yang menganut agamanya tertakluk
kepada fasal (4), mengembangkan agamanya. Undang-undang Negeri dan mengenai
Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan
boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan
agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Selain itu, peruntukan ini
memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal
undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam
menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada
orang-orang Islam. Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-
masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang
bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam
dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5)
Perlembagaan.
Kes-kes perundangan
Penukaran agama
Perkara 11 di dalam Perlembagaan Malaysia ada menyatakan
bahawa
individu yang berumur 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing. Penukaran dari agama Islam ke agama lain seperti Kes Hartini Kamarudin dan
Azlina Joy. Manakala, Penukaran dari agama lain ke agama Islam seperti Kes Suzie Teoh-Nur Aini.
individu yang berumur 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing. Penukaran dari agama Islam ke agama lain seperti Kes Hartini Kamarudin dan
Azlina Joy. Manakala, Penukaran dari agama lain ke agama Islam seperti Kes Suzie Teoh-Nur Aini.
Isu penggunaan Kalimah Allah oleh Agama Lain
Kalimah Allah
adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha
Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah Allah dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan
yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari
sebarang sifat kekurangan. Terdapat beberapa kes di Malaysia berhubung
penggunaan kalimah Allah seperti kes Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah
'Allah' bagi merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia
majalah mingguan terbitannya, 'The Herald'. Gereja Roman Katolik diketuai Ketua
Paderi Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Kementerian
Dalam Negeri melarangnya menggunakan kalimah 'Allah' dalam majalah mingguan itu
adalah bercanggah dengan undang-undang. Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga
asas utama, termasuk isu undang-undang tertentu yang menjadi bahagian penting
dalam permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Perintah mahkamah yang dipohon oleh
Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah
Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam.
Ulasan
Hak Kebebasan Beragama
Bagi agama Islam menurut Riwayat Bukhari “Sesiapa yang
menukar agamanya, maka bunuhlah ia”. Selain itu, Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan
darah seorang Islam, kecuali dalam tiga Perkara berikut, iaitu Menjadi ‘murtad’
sesudah dia memeluk Islam, Berzina sesudah berkahwin, dan membunuh seseorang
tanpa apa-apa hak atau sebab yang munasabah. Hal ini menunjukkan sesiapa yang
menukar agama wajib dihukum bunuh. Dari aspek perlembagaan, Perkara 11 (1)
Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan setiap individu itu bebas untuk
menganut apa-apa agama. Selain itu, Mahkamah-mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia akan
mengenakan maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau RM5000 denda atau
kesemuanya sekali kepada individu yang menukar agama.
Analisis Malaysia iktiraf kebebasan beragama
Secara keseluruhannya, pemilihan dan penukaran agama
dibenarkan di Malaysia, Namun ianya terikat dengan enakmen negeri. Status kebebasan
beragama di Malaysia adalah merupakan salah satu masalah kontroversi.
Dalam beberapa kali, ada sejumlah isu-isu dan peristiwa yang telah menguji
hubungan antara bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia. Namun begitu, kekebalan
undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan merupakan benteng dalam
menangani isu-isu kebebasan beragama di Malaysia dalam mewujudkan suasana yang
aman dan harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen