Blog Lukman Ganu Memaparkan Berita-Berita, Ilmu pengetahuan, Tutorial dan Banyak lagi.

Khamis, 10 Mac 2016

Kesan Pengambilan Daun Ketum



Kesan Pengambilan Daun Ketum

Di sini saya ingin kongsikan kesan pengambilan daun ketum yang patut kita semua tahu. daun ketum sering kali kita dengar adalah bahan larangan yang berbahaya. namun begitu. daum ketum juga mempunyai kesan baik dalam bidang perubatan yang telah dikaji beberpa orang pakar. berikut saya kongsikan kesan baik dan buruk pengambilan daun ketum:


Kesan pengambilan ketum dari segi perubatan
1.      Melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat.
2.      Membantu memulihkan penyakit luka dan bengkak(diabetes feet)
3.      Membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran
4.      Merawat ketagihan dadah
5.      Menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.
6.      Melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
7.      Mengatasi cirit birit.
8.      Ubat tahan sakit

Kesan pengambilan berlebihan ketum yang menyebabkan penagihan
1.      Susut berat badan
2.      Insomnia
3.      Anoreksia
4.      Bibir menjadi kering
5.      Sembelit atau kesukaran membuang air besar
6.      Kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
1.      Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
2.      Sengal-sengal sendi
3.      Mudah marah
4.      lemah untuk bekerja

Risiko pengambilan Ketum

1.      Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
2.      Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
3.      Dos besar kafein menyebabkan kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

4.      Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat menyebabkan kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

Hak Kebebasan Beragama di Malaysia



Hak kebebasan beragama

Definisi

Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama, agama-agama lain bebas diamalkan dan pemerintah tidak menghukum atau menindas pengikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi. Selain itu, tiada paksaan masyarakat untuk menganuti mana-mana agama.

Peruntukan Undang-undang

Perkara 11 (5) meperuntukan seluruh rakyat berhak memilih agama kecuali kaum melayu iaitu agama Islam. Setiap agama yang menganut agamanya tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya. Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Selain itu, peruntukan ini memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam. Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing- masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan.

Kes-kes perundangan

Penukaran agama
Perkara 11 di dalam Perlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawa
individu yang berumur 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing. Penukaran dari agama Islam ke agama lain seperti Kes Hartini Kamarudin dan
Azlina Joy. Manakala,
Penukaran dari agama lain ke agama Islam seperti Kes Suzie Teoh-Nur Aini.

 Isu penggunaan Kalimah Allah oleh Agama Lain
Kalimah Allah  adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah Allah dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan. Terdapat beberapa kes di Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah seperti kes Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia majalah mingguan terbitannya, 'The Herald'. Gereja Roman Katolik diketuai Ketua Paderi Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarangnya menggunakan kalimah 'Allah' dalam majalah mingguan itu adalah bercanggah dengan undang-undang. Permohonan itu dibuat berdasarkan tiga asas utama, termasuk isu undang-undang tertentu yang menjadi bahagian penting dalam permohonan untuk mendapatkan kelulusan itu, mengikut skop Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam.

Ulasan Hak Kebebasan Beragama

Bagi agama Islam menurut Riwayat Bukhari “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia”. Selain itu,  Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darah seorang Islam, kecuali dalam tiga Perkara berikut, iaitu Menjadi ‘murtad’ sesudah dia memeluk Islam, Berzina sesudah berkahwin, dan membunuh seseorang tanpa apa-apa hak atau sebab yang munasabah. Hal ini menunjukkan sesiapa yang menukar agama wajib dihukum bunuh. Dari aspek perlembagaan, Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan setiap individu itu bebas untuk menganut apa-apa agama. Selain itu, Mahkamah-mahkamah  Syariah di negeri-negeri di Malaysia akan mengenakan maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau RM5000 denda atau kesemuanya sekali kepada individu yang menukar agama.

Analisis Malaysia iktiraf kebebasan beragama


Secara keseluruhannya, pemilihan dan penukaran agama dibenarkan di Malaysia, Namun ianya terikat dengan enakmen negeri. Status kebebasan beragama di Malaysia adalah merupakan salah satu masalah kontroversi. Dalam beberapa kali, ada sejumlah isu-isu dan peristiwa yang telah menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia. Namun begitu, kekebalan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan merupakan benteng dalam menangani isu-isu kebebasan beragama di Malaysia dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.