Blog Lukman Ganu Memaparkan Berita-Berita, Ilmu pengetahuan, Tutorial dan Banyak lagi.

Rabu, 19 Mac 2014

CITA-CITAKU INGIN MENJADI GURU



Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Begitulah keratan sajak ‘guru oh guru’ hasil nukilan Usman Awang. Jika dilihat di sebalik makna tersirat sajak tersebut menunujukkkan betapanya besarnya tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan insan berjaya. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungan dengan tuhan.

            Setiap orang pasti mempunyai cita-cita tersendiri. sewaktu di zaman persekolahan ramai kawan-kawan yang bercita-cita ingin menjadi doktor, juruterbang, saintis dan sebagainya. berbeza dengan aku yang mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang pendidik atau guru. Entah kenapa cita-cita itu tersemat dalam diri sejak kecil lagi. Aku gantungkan cita-cita tersebut kerana terinspirasi dari guru-guru aku yang yang sangat luar biasa. Mereka mendidik tanpa mengenal erti penat lelah. Bagi aku, guru adalah satu pekerjaan yang mulia. Aku tidak peduli pandangan orang lain yang menyatakan guru adalah pekerjaan yang bergaji rendah, sering mengalami tekanan dan akan berhadapan dengan tingkah laku muri-murid yang berbeza. Aku tetap memilih guru sebagai cita-cita utama untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Tercapaikah cita-cita aku dengan dasar pendidikan negara sekarang? Aku akan terus berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut.


-STUDENT UPSI-