Blog Lukman Ganu Memaparkan Berita-Berita, Ilmu pengetahuan, Tutorial dan Banyak lagi.

Isnin, 6 Oktober 2014

FUNGSI KEPERCAYAAN DAN AGAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Di Negara kita terdapat pelbagai agama. Antara agama-agama yang utama yang terdapat di Malaysia termasuklah agama Islam,Kristian,Budha danjuga Hindu. Setiap agama mempunyai kepercayaan dan perayaan masing-masing yang tersendiri.Maka adalah penting untuk kita bertoleransi antara satu sama lain.
            Agama menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia adalah system yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepadaTuhan Yang Maha Kuasa serta tata kaedah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta lingkungannya. Kata agama berasal dari bahasa Sanskerta ,AGAMA yang  bererti tradisi.
            Agama merupakan pedoman hidup manusia untuk menjalani kehidupan di dunia.Kehidupan beragama dapat memberikan kita bimbingan dan juga panduan kearah kehidupan yang lebih sempurna dan juga sebagai panduan untuk kita mengenali yang mana baik dan juga yang mana buruk dan yang perlu dihindari oleh setiap manusia.Sebagaimanusia,mestilah kita mengingnkan yang terbaik untuk diri kita. Dengan kehidupan beragama ia dapat mengajar kita supaya mendekatkan diri kepada Tuhan Yang MahaEsa. Agama memberikan kita pedoman hidup yang sempurna agar kita melakukan perbuatan yang terpuji dan juga meninggalkan perbuatan yang dilarangoleh setiap agama.Jika kita mengikuti segala suruhan dan juga larangan ini, pasti hidup kita akan selamat dan juga diberkati di dunia serta di akhirat kelak.
            Antara fungsi-fungsi agama yang lain ialah sebagai pemupuk semangat kesaudaraan di antara manusia yang berbilang  kaum seperti yang terdapat di Malaysia yang terdapat kaum Melayu,China,India dan sebagainya. Melalui ini, manusia akan mempunyai sifat tolong menolong antara satu sama lain. Seperti yang kita tahu,jika kita tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh,sifat ini tidak akan hadir dalam diri kita kerana kita tidak merasa kepentingan itu semua. Dengan agama,manusiaakan mempunyai semangat tolong menolong antara satu sama lain kerana agama dapat memupuk semangat tolong menolong dan juga hubungan persaudaraan antara saudara seagama yang lain.
            Agama rasmi yang terdapat di Malaysia ialah agama Islam. Agama Islam ialah agama yang dianuti oleh kebanyakan  orang Melayu dan majority bumiputera yang terdapat di Malaysia. Agama Islam mengamalkan kepercayaan kepadatuhan yang satu iaitu ALLAH S.W.T dan juga mengikut amalan dan suruhan oleh pesuruhNYA iaitu Nabi Muhammad S.A.W.Selain daripada itu,umat Islam juga merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kemenangan mereka berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Selain daripada Hari Raya Aidilfitri,terdapat juga Hari Raya Aidiladha yang juga diraikan oleh umat Islam di seluruh Malaysia malahan juga umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam juga diharamkan daripada memakan khinzir dan anjing yang dianggap haram di dalam Islam. Mereka juga melakukan ibadat wajib seperti solat lima waktu sehari dan semalam dan juga berpuasa pada bulan Ramadhan.


            Selain daripada agama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia, terdapat juga agama lain seperti agama Kristian. Majoriti bagi mereka yang menganut agama Kristian ialah mereka yang berbangsa China. Ada juga mereka yang berbangsa India yang menganut agama Kristian ini dan juga terdapat bumiputera bukan islam yang lain. Agama Kristian merupakan agama yang kedua terbesar di Malaysia selepas agama Islam. Mereka yang menganut agama Kristian ini mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa yang dianggap sebagai Anak Tuhan dan dikenali dengan nama Jesus Kristus. Antara perayaan yang disambut oleh mereka ialah Hari Krismas yang disambut pada bulan Disember pada setiap tahun.Selain daripada itu,mereka juga merayakan Hari Esther dan juga mereka menyambut Tahun Baru. Mereka yang beragama Kristian akan membaptis kananak yang baru lahir. Mereka beribadat di rumah ibadat yang dikenali juga sebagai gereja.
            Agama Budha juga merupakan agama yang penting dan dianuti oleh kebanyakan yang berbangsa China di Malaysia. Agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang dikenalpasti bermula di Negara India. Tahun Baru China merupakan antara perayaan yang disambut oleh mereka yang menganut agama Budha. Selain daripada itu, mereka juga mereka merayakan Hari Wesak dan juga menyambut Pesta Kuih Bulan.Mereka yang beragama Budha mempercayai kehidupan semula selepas kematian seseorang itu. Antara kepercayaan mereka yang lain ialah mereka mempercayai nasib dan juga tuah yang juga dikenali dalam bahasa merekas ebagai ‘ong’ dan ‘fengshui’.
            Agama yang terakhir sekali yang ingin dikupaska noleh kami disini ialah agama Hindu. Majoriti yang menganut agama Hindu ini seperti yang kita ketahui ialah mereka yang berbangsa India. Kepercayaan agama Hindu ialah mereka mengamalkan kepercayaan dewa dewi untuk membantu mereka dikala mereka susah.  Diantarany aialah Dewa Ram dan juga DewiSita. Antara perayaan yang diraikan oleh mereka yang menganui agama Hindu ialah Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan juga mereka menyambut Pesta Ponggal. Mereka juga mempercayai balasan baik dan buruk selepas  kematian mereka. Sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka mereka akan dibalas dengan kebaikan dan begitulah juga sebaliknya. Sungai Ganges yang  terdapat di India merupakan tempat suci mereka untuk memberihkan diri mereka daripada dosa. Mereka juga beribadat dan bersembah yang di kuil yang  juga dianggap sebagai tempat yang suci.