Written By LUKMAN GANU on Sabtu, 17 Januari 2015 | 4:57 PTG

gambar hiasan


Terdapat lima peringkat atau proses yang perlu dilalui dalam kaedah penyelidikan sejarah. Proses ini perlu dilalui bagi memastikan segala sumber dan kaedah yang digunakan adalah tepat dan bertepatan supaya hasil penyelidikan yang diperoleh adalah asli dan tepat.
Tahap yang pertama adalah Heuristik. Pada tahap ini, pengkaji mencari sumber untuk dikerjakan. Bagi sumber pula terdapat dua jenis iaitu sumber primer dan sekunder. Sumber primer bermaksud sumber yang masih asli dan belum lagi diolah oleh mana-mana pihak manakala bagi sumber sekunder pula adalah sifatnya yang tidak asli dan telah diproses ataupun telah ditafsirkan menjadi suatu generalisasi dan andaian-andaian tertentu dengan berpandukan Sumber Primer.
Tahap kedua adalah tahap Kritik. Kritik terbahagi kepada dua iaitu kritik luaran dan kritik dalaman. Pada tahap ini, pengkaji akan menilai sumber dari sudut pandangan nilai bukti  Penulis atau penyelidik yang mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu ideologi, pemikiran, budaya dan sebagainya cenderung membuat tafsiran terhadap sumber yang diperoleh menjurus kepada sifat bias.
Ketiga adalah tahap Sintaksis iaitu pernyataan rasmi tentang penemuan (sintaksis) heuristik dan kritisme. Dengan erti kata lain, fakta sejarah secara khususnya, apa yang tergambar ialah adanya suatu konsep yang stabil, kukuh, terbukti dan tidak boleh dipersoalkan mahupun digugat lagi kebenarannya. Sebagai contohnya, gambar tokoh-tokoh yang telah ditemu bual bagi sumber lisan, artifak-artifak atau lain-lain yang boleh dijadikan illustrasi mahupun visual.
Keempat pula ialah tahap interpretasi atau sintesis iaitu membuat tafsiran yang koheren kesejarahannya. Dengan erti kata lain, langkah sejarawan seterusnya ialah mengkaji dan menganalisis sumber-sumber tersebut. Tujuannya ialah mendapatkan data-data yang diperlukan bagi kajian, iaitu data-data yang berupa fakta-fakta sejarah, rajah, jadual, gambar ataupun pandangan yang berkait dengan judul atau bidang dan tempoh kajian.

Kaedah sejarah yang terakhir ialah tahap ekposisi iaitu mempersembahkan hasilan ataupun penemuan berdasarkan objektif dan kesignifikasinya. Dengan erti kata lain, setelah sumber-sumber rujukan dan data-data itu siap dibaca, dibuat catatan, dikritik jika perlu tentang isi dan kesahihannya, dan dianalisis, langkah seterusnya ialah menuliskan kajian sejarah itu. Penulisan sebenarnya adalah merupakan hasil terakhir penyelidikan seseorang sejarawan dan seperti yang telah dinyatakan merupakan yang terpenting.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

2 Komentar untuk "KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH"

  1. nice sharing . singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    BalasPadam
  2. susah juga ya, banyak benda kena lalui.

    BalasPadam

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger