Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 29 Ogos 2014 | 10:14 PG

Perkembangan moral seseorang mesti mempunyai komponen-komponen dalam menentukan nilai yang salah atau betul. Rest (1994) mencadangkan model empat bagi perkembangan pendidikan moral. Model tersebut membabitkan semua prosese psikologi yang terlibat dalam pengaturan dan penghasilan tingkah laku moral. Menurut beliau, perkembangan moral adalah satu konstrul yang lebih luas dari penaakulan moral. Empat komponen tersebut ialah sensitiviti moral, pertimbangan moral, motivasi moral dan impementasi.

            Menurut rest, komponen pertama ialah sensiviti moral iaitu kepantasan seseorang menerima situasi sosial dan mengaplikasikan situasi tersebut terhadap tindakan yang diambil, orang yang terlibat dan akibat daripada setiap tindakan dan cara setiap pihak yang bertindak balas atas tindakan yang mungkin diambil. Namun begitu, jika sesuatu situasi berlaku tidak jelas, seseorang itu tidak akan membantu secara suka rela. Sebagai contoh, apabila terlihat kemalangan, seseorang akan berfikir sama ada hendak menolong atau tidak kerana akan menyusahkan mereka. Dengan sensitiviti moral, seseorang itu akan berasa empati atau sebaliknya terhadap oran lain. Selain itu, seseorang akan wujud kesedaran dalam diri terhadap situasi telah yang berlaku dan mempunyai pandangan yang berlainan dalam menentukan sebab-sebab.

            Seterusnya, komponen pertimbangan moral iaitu seseorang itu memutuskan tindakan yang paling bermoral yang patut dilakukan dengan menimbangkan pilihan dan menentukan perkara yang perlu dilakukan dalam situasi yang sama. Sebagai contoh, seseorang iu telah berjanji hendak berjumpa kawan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa dan pada masa yanag sama dia diundang ke majis makan malam bersama-sama rakan sekerja. Melalui situasi ini, seseorang perlu membuat pertimbangan moral untuk menentukan perkara yang perlu dilakukan. Komponen pertimbangan moral yang diperkenalkan oleh Rest juga sama seperti peringkat perkembangan moral Piaget dan Kolhberg iaitu melibatkan penaakulan moral. Komponen ini merupakan konsruk makna moral dan keunggulan moral yang merangkumi kedua-dua elemen afektif dan kognitif.



            Disamping itu, komponen ketiga yang diperkenalkan oleh Rest ialah motivasi moral. Motivasi moral ialah seseorang itu akan memberi keutamaan kepada nilai moral berbanding dengan nilai lain dan mempunyai keinginan untuk mencapainya. Menurut teori hoffman, empati merupakan asas kepada motif yang altruistik. Komponen ini amat berkaitan dengan ketulusan diri dan identiti diri sebagai agen moral. Sebagai contoh, seseorang itu perlu mempunyai nilai keikhlasan dan amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan pujian orang lain. Disamping itu, kefahaman sosial seseorang terhadap keadaan sekeliling juga akan memberi motivasi dalam pemilihan matlamat hidup mereka serta dapat mengekalkan sesetu standard yang profesional.

            Selain itu, komponen keempat ialah implementasi. Implementasi merupakan gabungan kekuatan ego dengan kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan untuk melakukan sesuatu. Sehubungan dengan itu, seseorang akan mempunyai ketekunan, tabah hati, kecekapan dan karektor sebagai virtue dalam komponen ini untuk melakukan sesuatu.
           
Kesimpulannya, semua komponen ini merupakan penentu bagi tindakan moral dan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Namun begitu, teori yang dimajukan oleh Rest tidak memberi tumpuan khusus kepada peranan agam dalam pendidikan nilai dan moral. Oleh itu, teori tersebut lebih sesuai untuk digunakan sebagai asas bagi perkembangan moral seseorang.

RUJUKAN

Nik Aziz Nik Pa dan Noraini Idris (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd



G+

Anda baru saja membaca artikel tentang EMPAT KOMPONEN BERTINGKAH LAKU YANG DIKEMUKAKAN OLEH REST. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger