Written By LUKMAN GANU on Ahad, 20 Julai 2014 | 9:53 PTG

Perkembangan moral setiap individu amat penting dalam kehidupan bermula dari kanak-kanak sehingga dewasa. Antara elemen dalam perkembangan tingkah laku seseorang ialah empati dan kepedulian. Empati ditafrifkan sebagai sebagai respon afektif dan kognitif yang komplek pada emosional orang lain. Empati termasuk keupayaan untuk mengesan keadaan emosi orang lain, merasa simpati dan mencuba untuk menyelesaikan masalah dan mengambil perspektif orang lain. Manakala kepedulian pula dapat didefinisikan sebagai perihal suka mengambil tahu dan perihatin terhadap orang lain (Kamus Dewan Edisi Ke-4 2005). Konsep empati dan kepedulian dalam perkembangan moral amat penting  dalam kehidupan seharian. Konsep-konsep ini banyak dikemukakan dalam teori perkembangan moral oleh Hoffman, Eisenberg dan Giligan.

Menurut teori empati Hoffman empati adalah emosi yang asas dalam motif moral dan terdapat empat peringkat dalam perkembangan empati. Menurut Hoffman, pada peringkat pertama iaitu sebelum berumur 1 tahun  iaitu empati global.  Empati ini biasaya akan dirasakan oleh semua orang ketika diletak dalam situasi yang sama ketika baru dilahirkan. Empati ini juga tidak dapat dibeza anata perspektif diri dan orang lain. Empati ini biasanya terjadi pada bayi yang baru saja lahir. Contohnya ketika dalam suatu situasi ruang bersalin di hospital dan terdapat bayi-bayi yang memiliki perasaan yang sama. Peringkat kedua pula iaitu empati egocentric berlaku pada anak yang berusia 6 bulan hingga 1 tahun. Dalam peringkat ini, persekitaran yang stabil membolehkan seseorang membezakan antara diri dengan orang lain dan seterusnya membezakan antara emosi dan orang lain.  Kanak-kanak  biasanya belum merasakan mempunyai ketakutan terhadap orang lain dan masih memiliki perspektif yang sama dengan orang lain. Kanak-kanak masih belum mampu membezakan emosi diri dan emosi orang lain  tetapi tidak lagi dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menagis, maka kanak-kanak lain akaan berlari ke arah ibunya dan memegang tangan ibunya. Peringkat seterusnya menurut Hoffman iaitu empati untuk perasaan orang lain iaitu kanak-kanak mula mambayangkan daripada perspektif orang lain dan bertindak balas kepada orang lain. Kanak-kanak mula mengambil peranan yang telah ada seperti memberi respon isyarat dari orang lain dengan berbagai respon emosi. Peringkat terakhir iaitu empati untuk keadaan kehidupan orang lain. Melalui peringkat ini kanak-kanak menyedari tentang hubungan yang berterusan dalam kehidupan diri dan orang lain.

Nancy Eisenberg pula telah membezakan simpati dengan empati. Dalam perkembangan tingkah laku prososial empati Nancy Eisenberg menumpukan kepada faktor-faktor yang mempunyai perkembangan prososial kanak-kanak ( altruistik dan berempati). Antara cirinya ialah mempunyai perasaan penaakulan moral, peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya, kaitan antara personaliti dengan tingkah laku prososial, faktor emosi seperti simpati dan empati dan faktor yang tertekluk kepada situasi sama ada untuk membantu atau tidak. Hal ini dapat menginterasikan pelbagai perspektif pembelajaran sosial dan perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui konsep ini, sosilisasi budaya orang yang significant iaitu keluarga,guru dan sahabat dalam membina kemahiran sosial dengan  membawa motivasi diri. Jika perkara-perkara seperti tiada kecekapan, kurang kemahiran sosial akan membawa kepada pelakuan sosial atau moral dengan konsep empati.

Carol giligan pula merupakan orang yang kuat mengkrtik teori perkembangan moral oleh Lawrence kohlberg. Hal ini demikian kerana Kolberg hanya menggunakan sempel lelaki sahaja apabila membuat kajian. Manakala, Giligan  telah berpendapat bahawa terdapat dua orientasi atau perspektif moral dalam pertimbangan moral yang berbeza antara jantina iaitu orientasi keadilan dan orientasi kepedulian. Dalam orientasi kepedulian ialah keunggulan dalm pertalian, sayang dan disayangi, mendengar dan di dengar, memberi respon dan diberi respon dalam hubungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, bagi perempuan yang hendak  mengugurkan bayi untuk kekalkan hubungan tetapi bagi lelaki pula mempunyai pandangan berbeza yang lebih melihat dari subjektif dari segi kewangan. Menurut kajian, pada peringkat awal kanak-kanak memang terdapat perspektif berbeza kerana asuhan kerana ibu bapa mengasuh anak perempuan dan lelaki berbeza-beza. Apabila seseorang jadi dewasa dimana mereka mula berinteraksi dan mendapat pendidikan yang sama maka perempuan juga mendapat ilmu yang sama. Oleh itu, Kita semua mempunyai keadilan dan kepedelulian tetapi situasi moral yang menentukan prinsip mana yang diutamakan.

Kesimpulannya, konsep empati dan kepedulian sememangnya diperlukan dalam perkembangan moral seseorang individu kerana akan membantu dalam perkembangan tingkah laku seseorang individu sejak dari kanak-kanak sehingga dewasa mengikut peringkat.


G+

Anda baru saja membaca artikel tentang KONSEP EMPATI DAN KEPEDULIAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH HOFFMAN, EISEISENBERG DAN GILLIGAN. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger