Written By LUKMAN GANU on Isnin, 17 Februari 2014 | 11:59 PTG



1.0  PENGENALAN
                                                                                                      
Pada zaman dunia globalisasi ini, manusia telah melalui pelbagai perubahan hidup dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan ini berlaku dari pelbagai aspek seperti perbuatan, sikap, akhlak dan emosi. Justeru, pendidikan moral perlu pada masa ini untuk mengatur hidup manusia supaya sentiasa maju. Hal ini demikian kerana dengan terdapat peraturan berasaskan moral dan etika dalam sesebuah negara, kehidupan manusia akan menjadi lebih teratur dan tidak terpesong kepada perkara-perkara negatif. Konsep moral dan etika juga penting semasa menendali tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan individu, keluarga, organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut: ‘Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujub satu keadan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh.. Moral dan etika adalah dua hal yang tidak boleh dipisahkan kerana pada dasarnya moral adalah tingkahlaku yang telah diatur oleh etika. Konsep tentang kemoralan adalah sangat luas untuk didefinisikan. Kemoralan ialah kualiti dan sifat perlakuan atau tindakan yang berdasarkan prisip apa yang betl dan apa yang salah. Menurut Harry Bowne, terdapat tiga jenis kemoralan, iaitu kemoralan peribadi, kemoralan sejagat dan kemoralan mutlak. Berdasarkan konsep dan maksud tersebut, moral dan etika sememangnya sangat penting dalam kehidupan manusia terutama untuk mengatur hidup seseorang manusia. Justeru, kepentingan moral dan etika dapat dilihat dalam konteks sejagat melalui individu, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara
           
           


2.0  TAKRIFAN MORAL DAN ETIKA

Moral pada dasarnya berasal daripad perkataan Latin iaitu mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupakan satu perkara yang lebih menunjukkan kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Menurut kamus Oxford Asvanced Learnor’s edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di man masyarakat bertindak sebagai penentu.  Menurut Mohd. Janib Johani (1994) Moral juga bermaksud tidak mempunyai ‘rasa bermoral’ (moral sense) atau tidak dapat membezakan antara ‘buruk’ dengan ‘baik’. Menurut Abdul Rahman Aroff (1986), dalam membincangkan soal kemoralan, peraturan-peraturan masyarakat mestilah diberi perhatian utama.
                                                                                                                        
            Etika pula bermaksud dari segi bahasa inggeris iaitu etnic dan bahasa Greek iaitu Ethas yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yan menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Dari segi istilah pula bermaksud satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang seperti kod etika perguruan, guaman dan lain-lain, etika juga merupakan satu kajian dan falsafah tentang kelakuan manusia yang member penekanan tentang apa yang betul dan apa yang salah. Hal ini menunjukkan etika bermaksud prinsip kelakuan yang betul mengenai sesuatu proses yang tertentu sebagai tingkah laku yang menunjukkan moralnya. Menurut Grassian V. (1987) berpendapt, etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, sikap moral, keadialan sosial dan tanggungjawab moral dan cirri-cri kehehidupan yang baik (Eow Boon Hin,2000;2). Menurut pelan Intergriti Nasional, etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku invidu, organisasi dan sesuatu profesion pekerjaaan.

3.0  KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA KEPADA
       MANUSIA
3.1 KEPENTINGAN MORAL KEPADA INDIVIDU
3.1.1 PANDUAN HIDUP INDIVIDU

            Antara kepentingan moral dan etika kepada manusia pada zaman ini ialah sebagai panduan hidup seseorang manusia. Hal ini demikian kerana seseorang manusia itu perlu mempunyai panduan hidup dalam mengatur hidup mereka supaya tidak tepesong dari lantasan sebenar. Manusia perlu mengikuti peraturan moral dan etika yang telah ditetapkan oleh setiap agama atau negara. Sebagai contoh dalam sukatan pendidikan moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adt resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan bermoral dan beretika. Selain itu, manusia juga memerlukan pertimbangan moral dalam menentukan sama ada sesuatu perkara betul atau tidak dalam kehidupan.  Menurut (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999)  sama ada dalam pertuturan atau penulisan, kita sentiasa membuat penyataan normatif dan bukan normative atau deskriptif. Penyataan normatif dijelmakan sebagai pertimbangan nilai, dan berbeza berbanding dengan penyataan deskriptif (Holmes,1993).  Individu menggunakan penyataan normatif untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benar atau salah, diterima atau ditolok. Justeru, penyataan normatif dan dekriptif dalam konsep asas etika dapat dijadikan panduan hidup untuk manusia dalam mengatur hidup dan membuat pertimbangan untuk melaksanakan sesuatu.


3.1.2 MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERAKHLAK MULIA

          Disamping itu. Kepentingan moral dan etika dalam kehidupan manusia pada masa ini ialah dapat melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Individu yang berakhlak mulia penting untuk  melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan. Sebagai contoh, pada zaman ini pelbagai isu-isu mengenai masalah sosial di kalangan remaja sekarang seperti gejala merempit, dadah, membuang bayi dan sebagainya. Dari situ, kita dapat lihat sebenarnya moral dan etika penting bagi mendidik remaja untuk menjadi seseorang yang berakhlak mulia ketika melakukan sesuatu. Hal ini menunjukkan nilai –nilai moral perlu diterapkan dalam kalangan remaja seperti bertanggungjawab, hormat-menghormati, berdisiplin dan lain-lain lagi. Justeru remaja perlu dididik oleh ibi bapa atau guru mengenai nilai moral dan etika dalam kehidupan sejak kecil lagi. Pembentukan akhlak penting dalam seseorang manusia untuk mencerminkan sifat dan perlakuan mereka. Menurut Yalchin, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad Mohd Salleh (1998), akhlak  boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut: sifat semula jadi yang dimiliki, sifat ini dimiliki menerusi latihan, rangsangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat dan akhlak meliputi dua dimensi, iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan. Menurut Yalchin lagi, akhlak merupakan prinsip dan dasar serta pendekatan yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur pelakuan individu, membatasi atau membentuk hubunganya dengan individu lain sehingga mencapai matlamat kewujudannya di dunia ini secara yang paling sempurna. Selain itu, teori keperibadian mulia melalui Aristotle (1979) juga menekankan akhlak diri iaitu kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijakasaan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan moral. Oleh itu, moral dan etika memainkan peranan utama dalam membentuk akhlak mulia seseorang individu supaya dapat melakukan seseatu perkara dengan betul dan dapat memberi kesan positif.


3.2 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA
      TERHADAP KELUARGA
Disamping itu. Kepentingan moral dan etika juga ialah dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap ahli keluarga. Hal ini demikian kerana jika setiap ahli keluarga mengamalkan nilai-nilai moral dan etika yang baik, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Nilai-nilai yang patut diamalkan oleh setiap ahli keluarga ialah hormat-menghormati, tolong-menolong, kasih-sayang, kebersihan dan lain-lain lagi. Misalnya,seperti yang ditegaskan oleh Muzaffar (1980), orang melayu,cina dan india menilai keluarga sebagai asas sebuah komuniti. Mereka menekankan nilai menghormati ibu bapa, orang tua dan orang yang bijaksana. Sebagai contoh, seseorang anak perlu menghormati ibu dan bapa mereka dan sentisa mematuhi perintah dan larangan ibu bapa mereka selagi tidak melangar peraturan agama.  Melalui nilai hormat-menghormati ini dapat mngeratkan hubungan antara anak dan ibubapa tanpa sebarang pebalahan dan perselisihan.

            Bagi menerapkan nilai-nilai dalam kalangan ahli keluarga, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi. Anak-anak perlu dibimbing dengan nilai-nilai moral dan etika yang betul seperti cara berkomunikasi, bergaul dengan baik, nilai kejujuran, hidup kesederhanaan dan lain-lain. Ibu bapa juga sewajarnya member didikan agama tentang nilai kepada anak-anak sejak kecil lagi lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Hal ini demikiann kerana setiap agama amat mementingkan hubungan baik dengan pencipta, sesame manusia dan alam sekitar. Oleh itu, nilai-nilai moral dan etika amat penting untuk membentuk keluarga yang bahagia tanpa sebarang perbalahan.


3.3 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA TERHADAP
      ORGANISASI
Kepentingan moral dan etika pada manusia pada zaman ini ialah dapat mewujudkan sebuah organisasi yang stabil, kukuh dan berkembang maju. Hal ini demikian kerana seandainya setiap ahli mengamalkan nilai-nilai moral dan etika yang betul dapat memudahkan urusan sesebuah organisasi. Etika dan nilai moral dalam organisasi menekankan keperluan nilai yang dilaksanakan oleh setiap ahli organisai tersebut. Menurut Abdullah Zhidi bin Omar (2014), etika organisasi ialah garis panduan untuk menjalankan tugas seperti berpegang kepada perinsip bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Seseorang ahli organisasi haruslah memahami dan melaksanakan etika dan nilai moral seperti melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik, menghormati ahli organisasi lain, sentiasa bekerjasama dalam melakukan tugasan dan sebagainya. Setiap organisasi juga pelu mewujudkan peraturan- peraturan khas yang berkaitan dengan nilai. Menurut teori Weber (1966), satu ciri penting organisi birokrasi ialah perturan-peraturan khas atau khusus yang menentukan susunan autoriti sebagai struktur untuk mengawal (ganjaran bagi pengakuran atau denda bagi penyelewengan) ahli-ahli organisasi tersebut. Justeru, dengan peraturan-peraturan tersebut, ahli-ahli organisasi tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti rasuah dan pecah amanah. Dalam dunia globalisasi sekarang, pecah amanah dan rasuah banyak berlaku di dalam sesebuah organisasi demi keuntungan seseorang individu. Perkara ini berlaku akibat kurangnya nilai-nilai moral dan etika dalam diri seseorang. Hal ini membolehkan manusia itu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai moral dan peraturan. Justeru, penerapan nilai moral dan etika-etika perlu dalam diri seseorang tersebut sejak kecil lagi supaya dapat dilaksanakan dalam kehidupannya seperti melakukan sesuatu pekerjaan dalam sesebuah organisasi.

3.4 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA TERHADAP               
      SEKOLAH
          Seterusnya, kepentingan moral dan etika pada kehidupan manusia zaman sekarang ialah dapat mencapai misi dan visi sesebuah sekolah. Setiap sekolah di seluruh negara mempunyai misi dan visi tersendiri untuk mencapai kecemerlangan di semua peringkat. Justeru, nilai moral dan etika perlu diterapkan dalam setiap guru dan pelajar untuk mencapai misi dan visi tersebut. Dalam konteks ini, pihak pengurusan sekolah terutama pengetua perlu memainkan peranan dalam membentuk nilai dan etika yang baik kepada semua pihak. Tugas pengetua atau guru besar juga bukan sekadar mentransformasi pelajar dengan pengetahuan dan kemahairan tetapi juga dengan sahsiah dan keperibadian mulia. Kuasa di antara pengetua atau guru besar dan guru adalah tidak sama. Apabila perbezaan ini wujud maka hubungan itu adalah bersifat moral. Dalam usaha untuk melaksanakan dasar pendidikan supaya matlamat-matlamatnya tercapai, sistem tersebut memerlukan pemimpin pendidikan yang cukup cekap, adil, beramanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab, berkebolehan dan berakhlak tinggi (Kamarudin Kachar, 1989).Akibat daripada kepimpinan yang baik dari pengetua atau guru besar tersebut akan melahirkan guru yang bertanggungjawab. Guru akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan pengisian kepada pelajar. Penera pan nilai-nilai ini dalam kalangan guru akan memberi kesan kepada pembelajaran murid-murid. Subjek-subjek yang diajar juga perlu diselitkan nilai-nilai yang positif untuk dijadi pengajaran kepada murid-murid. Guru juga perlu mempunyai personality yang menarik untuk dicontohi kepada murid-murid. Menurut (Prof. dr khadijah rohani mohd yunus et all 2007), Personaliti seorang guru dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. Personaliti dan nilai moral yang baik dalam kalangan murid-murid akan melahirkan seseorang murid yang bijak dalam semua perkara. Selain itu, pencapaian dalam pembelajaran juga bertambah apabila mengamal nilai-nilai moral dan etika yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.
3.5 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA KEPADA
      MASYARAKAT

            Niai moral dan etika yang baik dalam masyarakat harus dipupuk, diterap dan disuburkan bagi membolehkan peradaban manusia berkekalan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan berkembang maju. Etika nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana ia berhubung dengan tingkahlaku masyarakt sama ada baik atau buruk. Perkara paling penting untuk mencapai keharmonian dan kedamai dalam masyarakat ialah setiap anggota masyarakat perlu mematuhi peraturan dan undang-undang sesuatu tempat atau komuniti. Dalam kemoralan sosial, menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1999), berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah bagi sesetengah orng kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarat yang tersendiri daripada tatasusila atau tatatertib masyarakat. Menurut beliau lagi, Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Melalui peraturan tersebut, masyarakat perlu mematuhi dan melaksanakan dalam kehidupan seharian. Antara peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai ialah berdikari, hormat-menghormati, kasih-sayang, keberbersihan dan kerjasama. Sebagai contoh, di Malaysia, penerapan nilai-nilai ini telah menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu melayu, cina dan india. Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agma, budaya, kepercayaan perlulah dihormati dan dihargai kerana itulah antara factor yang menjadikan Malaysia sebuah negara unik di mata dunia. Pengenalan konsep 1 Malaysia oleh perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Razak  juga menerapkan nilai-nilai moral kepada masyarakat.. Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Oleh itu, moral dan etika memang penting dalam kehidupan pada masa kini sebagai panduan untuk golongan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni.
3.6 KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA DALAM SAINS
      DAN TEKNOLOGI

            Prinsip moral dan etika amat penting dalam pembangunan sains dan teknologi pada masa ini. Penerapan nilai bertanggungjawab, berkerjasama, berdisiplin, tolong menolong dan sebagainya perlu dalam pembangunan sains dan teknologi. Di Malaysia, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak juga menyeru supaya mengembang antara sains dam teknogi dengan sains sosial dan kemanusian dalam agenda pembangunan negara. Pembangunan berasaskan sains dan teknologi semata-semata, tanpa dilengkapi dengan nilai-nilai sosial dan kemanusia boleh mengundang kemudaratan. Justeru, pihak berwajib perlu bertnggungjawab dalam memastikan setiap individu yang terlibat dalam pembangunan sains dan teknologi mematuhi peraturan dan etika dalam berkerja. Hal ini demikian kerana untuk mengelak lahirnya teknologi mengikut kehendak komersia dan berlaku kerosakan kepada alam sekitar kerana sikap kerakusan manusia. Disamping itu, akan melahirkan saintis dan teknokrat yang tidak bermoral, pentingkan wang, pentingkan kuasa dan mempunyai sikap penting diri. Oleh sebab itu, penerapan prisip moral dan etika akan dapat menjadi panduan kepafa saintis dan teknokrat dalam melakukan kerja mereka. Selain itu, seseorang itu akan mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan manusia dari kerakusan sains yang mengacam keselamatkan manusia. Disamping itu, penerapan nilai moral dan etika yang betul dapat melahirkan sainstis dan teknokrat yang berdisiplin tinggi dalam melakukan pekerjaan dilihat penting. Menurut Islam, nilai etika mempunyai kaitan yang rapat dengan ciptaan sains dan teknologi. Penggunaan pelbagai teknologi moden secara beretika akan mendatangkan kebaikan,
sebaliknya pengabaian nilai etika akan menimbulkan kesan yang buruk .Oleh itu, dengan penerapan nilai moral dan etika yang betul akan dapat memajukan lagi bidang sains dan teknologi di sesebuah negara.

4.0     PERBEZAAN MORAL DAN ETIKA PADA ZAMAN
DAHALU DAN KINI

            Banyak berbezaan yang terdapat pada moral dan etika pada zaman dahulu dan masa kini. Pada zaman dahulu, manuia tidak lagi terdedah dengan teknologi-teknologi yang boleh mepengaruhi perlakuan. Tingkah laku, sikap dan nilai-nilai murni. Justeru, mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya-budaya asing yang negatif. Masyarakat zaman dahulu masih mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang kuat.  Manakala pada zaman sekarang, masyarakat telah didedahkan teknologi-teknologi moden yang akan menpengaruhi pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Perkembangan arus globalisasi sememangnya menimbulkan banyak keburukan kerana hal ini tidak seiring dengan nilai yang diharapkan dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.

5.0     CABARAN: ETIKA DAN MORAL SEBAGAI SATU
 BIMBINGAN KEPADA MASYARAKAT

            Dalam dunia yang gobalisasi sekarang, berlaku banyak keruntuhan moral, etika dan akhlak dalam masyarakat dengan berbagai gejala sosial berlaku. Hal ini merupakan satu cabaran kepada kerajaan atau pemerintah kepada setiap negara dalam menangani masalah tersebut. pihak pemerintah selain itu, ibu bapa juga perlu bertindak bijak untuk membimbing anak-anak supaya bermoral dan beretika dan tidak terlibat dengan gejala-gejala sosial yang berlaku pada abad ini.Tugas pendidik di sekolah juga merupakan satu cabaran dalam membentuk moral dan etika masyarakat zaman sekarang khususnya golongan pelajar. Memandangkan perubahan teknologi dan masalah-masalah sosial yang semakan berkembang menyebabkan tugas guru menjadi sukar dalam menangani masalah keruntuhan moral dalam masyarakat.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, moral dan etika merupakan sesuatu perkara yang penting kepada masyarakat untuk digunakan kehidupan masyarakat. Moral dan etika merupakan satu amalan yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendakai dalam masyarakat. Moral dan etika yang baik dapat melahirkan insane yang unggul dan utopia. Dalam pengertian seharian moral atau etika ialah budi pekerti atau kesusilaan. Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralis’ yang merujuk kepada hubungan antara manusia. Manakala, etika pula berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ merujuk kepada perlakuan seseorang. Pada umumnya, kedua-kedu perkataan itu tidak membawa banyak perbezaan dari segi maknanya. Kedua-duanya merujuk kepada tingkah laku baik atau buruk mengikut penilaian dalam masyarakat. Moral dan etika mempunyai banyak kepentingan dalam masyarat kerana merupakan peraturan hidup yang perlu dipatuhi. Menurut Durkheim (1961) menyatakan bahawa kemoralan terdiri daripada sesuatu sistem peratyran yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang cara seseorang itu dalam sesuatu situasi. Moral dan etika penting dalam membentuk panduan hidup seseorang, akhlak seseorang, melahirkan masyarakat yang harmoni, organisasi yang kukuh dan sebagainya.





G+

Anda baru saja membaca artikel tentang KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger