Gambar Hiasan |
Guru
kaunseling atau kaunselor sekolah memainkan peranan sebagai kaunselor di
sekolah dalam memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah. Menurut
Sapora Sipon, Kaunselor sekolah berperanan besar dalam agen pendidikan negara.
Kaunselor sekolah dilihat sebagai agen utama dalam melahirkan pelajar-pelajar
yang seimbang dan harmonis seperti terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Bersesuaian dengan perubahan hidup yang
dialami kebanyakan pelajar iaitu
mengalami perubahan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa, mereka amat
memerlukan seorang pembimbing dalam meneruskan kehidupan. Menurut Muhd Mansur
Abdullah & S. Nordinar Mohd Tamin (2010), murid-murid dikatakan berada di alam
remaja. Mereka berada dalam alam peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam
dewasa. Alam remaja memang banyak pancarobanya. Maka kaunselor di sekolah
menengah rendah dan menengah atas wajib mengambil langkah yang wajar bagi
membimbing para remaja ke jalan selamat dan diredai Allah SWT. Jika tidak,
nescaya remaja yang bakal menjadi belia itu akan terpesong daripada landasan
bangsa dan masyarakatnya. Kebanyakan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
seperti ponteng, peribadi, tekanan hidup dan sebagainya akan dibawa berjumpa
dengan guru kaunseling untuk diadakan sesi kaunseling yang mengikut
prosedur-prosedur tertentu. Guru kaunseling yang berada di sekolah telah
dilatih khas untuk menjadi seorang kaunselor bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pelajar.
Antara peranan utama guru kaunseling
atau kaunselor sekolah ialah memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar.
Dalam konteks ini, guru kaunseling ditugaskan menjadi kaunselor dan pelajar
pula sebagai klien. Perkhidmatan kaunseling ini diadakan dengan kerelaan
pelajar tersebut atau akan dibawa oleh guru-guru lain ke bilik kaunseling. Kebiasaan
pelajar yang dibawa ke guru kaunseling ialah pelajar-pelajar yang mempunyai
masalah disiplin seperti ponteng, merokok, buli dan sebagainya. Guru perlu
menggunakan cara tersendiri dan prosedur tertentu dalam memberi kaunseling
kepada pelajar yang mempunyai masalah. Dalam sesi kaunseling untuk
menyelesaikan masalah pelajar, Guru kaunseling juga boleh menggunakan teori
kecerdasan emosi dalam tugas untuk membimbing dan menyelesaikan masalah
pelajar. Sememangnya emosi seseorang akan berlaku dalam tiga faktor iaitu
persekitaran, keadaan fisiologikal dan proses kognitif. Menurut S. Schanter dan
J.Singger (1962) emosi dipengaruhi oleh dua faktor iaitu stimuli iaitu timbul
perubahan kognitif dan fisiologikal seseorang individu dan pentafsiran individu
iaaitu perubahan perasaan diri. Justeru, melalui pemahaman teori ini sebagai
guru kaunseling atau guru pembimbing dapat membantu dalam aspek memahami emosi
pelajar, kebolehan mengurus emosi, kebolehan motivasi, mengurus hubungan dan
sebagainya. Menurut Good (1945), kaunseling merupakan cara tersendiri dan
peribadi dalam mendidik serta membantu seseorang, baik dari segi masalah
pelajaran mahupun vokasional, apabila seseorang itu berasa sukar menganalisis
atau menyelesaikannya dan memerlukan seorang pembantu yang baik yang khusus baik
di sekolah mahupun alam masyarakat. Dalam memberi perkhidmatan kaunseling,
kaunselor perlu mengamalkan prinsip-prinsip kaunseling iaitu manusia mempunyai
harga diri, manusia itu unik, manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu
juga memiliki personaliti yang sihat, manusia cenderung ke arah kesempurnaan
kendiri dan manusia berkembang melalui proses sosialisasi.
Selain itu, tugas guru kaunseling
adalah menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungan dengan dunia
sosial dan psikologi di persekitaran. Dalam konteks ini, seseorang guru
kaunseling yang bertindak sebagai kaunselor berperanan membantu pelajar agar
pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan
dengan dunia sekelilingnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia
berada. Kebanyakan pelajar sukar untuk memahami sikap, minat, bakat serta
kebolehan yang terdapat pada diri kerana wujudnya kecelaruan dalam diri pada
awal remaja. Justeru, guru kaunseling perlu membantu pelajar mencari dan
memahami sikap, minat, bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk
berkembang dengan baik, memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien
untuk berkembang dengan baik, memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh
klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah
mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antar kesemua unsur yang telah
dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri serta hubungan antara
kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan
kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.
Di samping itu, tugas seorang guru
kaunseling juga ialah menolong pelajar untuk bertingkah laku yang sesuai dengan
bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan
yang sesuai dengan minat dan bakat seta kebolehan yang dimiliki. Hal ini
demikian kerana supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah
selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat
hidupnya ke arah penyempurnaan kendiri. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar
itu mempunyai minat dan cita-cita dalam bidang jurutera, seseorang guru
kaunseling atau kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadang
yang sesuai dengan minat dan memberi panduan tentang mata pelajaran yang wajib
dikuasai oleh pelajar tersebut. Melalui menolong pelajar dengan memberi panduan
dan tunjuk ajar dapat memberi kekuatan terhdap tersebut dalam mengembangkan
potensi diri. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah
Mokhtar (2006), hubungan menolong mempunyai elemen dua pihak iaitu yang
menolong dan yang ditolong. Satu pihak memberi kekuatan dalaman dirinya untuk
membolehkan mereka ditolong berkembang an tumbuh ke arah menggunakan sepenuh
potensi diri. Secara tidak langsung menunjukkan seorang guru kaunseling atau
kaunselor berperanan untuk membantu dan membimbing pelajar tersebut ke arah penyempurnaan
kendiri berdasarkan apa yang diminati oleh pelajar.
Seterusnya, tugas seorang guru
kaunseling atau kaunselor sekolah adalah menentukan atau memastikan pengaruh
program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan
menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain. Program-program yang dilaksanakan
harus berbentuk memberi motivasi kepada pelajar untuk memberi rangsangan kepada
supaya bersungguh-sungguh dalam mengejar pencapaian akademik. Selain itu,
program-program yang berbentuk kerohanian juga perlu diadakan supaya dapat
memberi sedikit keinsafan terhadap pelajar serta tidak melakukan perkara yang
dilarang. Dalam konteks ini, kaunselor sekolah harus berperanan dan
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang
dilaksanakan akan mendatangkan faedah dan kesan baik kepada pelajar dari segi
perkembangan psikososial. Hal ini menunjukkan bahawa setiap program yang
dijalankan memerlukan penelitian yang teliti daripada kaunselor bermula dari
tahap perancangan sehingga ke tahap pelaksanaan program-program tersebut.
Selain itu, tugas seorang guru
kaunseling ialah membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan
anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya
dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan, memberi sumbangan kepada
perkembangan anak mereka sendiri. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar
mempunyai masalah disiplin, pihak guru kaunselor juga berhak untuk membantu ibu
bapa dalam membimbing anak-anak mereka. Selain itu, pihak kaunselor sekolah
juga perlu mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa pelajar untuk memberitahu
perkembangan pembelajaran anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Dalam hal
ini, Kaunselor berperanan besar untuk
membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya
terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh
anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa
mendapatkan gambaran akan peluang yang bakal diperoleh sekiranya anak mereka
berjaya kelak. Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu
diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara
lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak
mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam
peperiksaan atau perubahan sikap .
Oleh
itu, tugas seorang guru kaunseling dilihat secara keseluruhan lebih kepada
menyelesaikan masalah pelajar dan menangani konflik-konflik yang dihadapi
pelajar. Dalam konteks ini, guru kaunseling mempunyai tugas yang penting kerana
berperanan sebagai kaunselor utama di peringkat sekolah dan bertanggungjawab
untuk mengadakan sesi kaunseling mengikut prosedur-prosedur proses kaunseling
yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen