Makna sumber
Ahli-ahli
sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih dalam penghasilan
sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang benar dan tepat tentang sesuatu hasil
kajian sejarah dapat membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang
telah berlaku pada suatu ketika dahulu. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, “sumber
ialah suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau
penulisan”.[1] Selain itu, terdapat
beberapa definisi atau tafsiran lain yang merujuk kepada maksud sumber,
antaranya seperti di dalam kamus Oxford English Dictionary, sumber atau “source” bererti “sesebuah karya, dan
lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen
atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut”.[2]
Sumber juga boleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan sejarah yang berupa
seperti dokumen, artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan lain-ain yang
tersimpan di arkib, perpustakaan, pejabat khas, muzium dan sebagainya.
Penggunaan Sumber
Kita haruslah menyedari
bahawa kepentingan sumber adalah suatu kepentingan yang asasi. Ini kerana
sumber, bagi penulisan sejarah, berbeza dengan penulisan karya kreatif, adalah
sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber, sejarawan tidak berupaya menghasilkan
pensejarahannya; samaiah keadaannya dengan sasterawan tanpa ilham, maka ia akan
terkapai-kapai mengahadapi alam maya. Oleh itu, sejarawan haruslah mencari
serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya.[3]
Sumber juga penting dalam menggambarkan suatu pandangan
dan pemikiran seseorang penulis atau pengkaji terhadap perkara dan juga
terhadap alam persekitaran pada masa lalu. Melalui penulisan mereka,
sekurang-kurangnya sejarawan moden kini dapat membayangkan bagaimana corak
pemikiran mereka pada masa lain seterusnya mengimaginasikan rentetan sejarah
yang berlaku pada masa itu. Ini kerana pemikiran penulis-penulis lalu
melambangkan juga pemikiran masyarakat ataupun pemerintah sezamannya. Misalnya,
karya-karya tempatan yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi seperti “Hikayat Abdullah, Salasilah Raja-Raja Melayu
dan Bugis”, yang menggambarkan corak pemikiran Abdullah Munsyi pada zaman
itu.
Penggunaan sumber juga
penting sebagai mengukuhkan hujah dan menguatkan lagi suatu kenyatam yang ingin
dijelaskan oleh sejarawan tentang pensejarahan yang ingin dikemukakannya.
Dengan adanya sumber, sejarawan dapat membuktikan dan mengesahkan bahawa fakta
atau kenyataan sejarah yang dibawa olehnya adalah benar dan tepat. Sebagai
contoh; seorang pengkaji sejarah Tanah Melayu ingin membuktikan kekuatan
angkatan tentera Jepun sewaktu menyerang Tanah Melayu semasa Perang Dunia
Kedua. Untuk mengulculikan hujahnya, seorang penyelidik itu boleh meneliti
sumber kedua. Misalnya sebuah bukti yang bertajuk The History of Malaya karya Henry Miller yang menyatakan; pasukan
tentera Jepun telah berjaya memeranjatkan penduduk Tanah Melayu serta
pegawai-pegawai British apabila mereka berjaya menenggelamkan dua buah kapal
British iaitu Prince of Wales dan Repulse. Melalui sumber ini, kenyataan
yang dikemukakan oleh sejarawan itu tidak akan dapat dipertikaikan oleh
mana-mana pihak.
Pada pandangan saya,
sumber juga penting dalam memberikan keyakinan kepada sejarawan dan masyarakat
umum pada hari ini tentang sejarah sebagai pengetahuan masa lampau yang pasti
takkan kembali lagi. Melalui peninggalan sumber yang ada, sejarawan dan
masyarakat pasti akan berasa yakin bahawa suatu peristiwa itu telah pun berlaku
pada masa lalu dan ia harus diambil sebagai pengajaran untuk pedoman hidup pada
masa-masa akan datang.
Daripada beberapa
kenyataan yang telah dijelaskan, dapat saya simpulkan di sini bahawa sumber
sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam hal inl, kita
haruslah menyedari akan kepentingan sumber sebagai suatu kepentingan asasi sejarah.
Ini bermakna, tanpa sumber, sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan
pensejarahan dan seterusnya sejarah tidak akan wujud sebagai ilmu pengetahuan
masa lalu. Tanpa sumber juga, sejarawan akan terkapai-kapai kelemasan dalam
mencari kebenaran tentang masa lalu. Oleh hal yang demikian, bagi menghasilkan
pensejarahan yang unggul, sejarawan perlu berusaha mendapatkan sumber yang
mempunyai kaitan sama ada - secara
langsung ataupun tidak langsung dengan rentetan peristiwa lalu yang ingin
dikajinya.
Bibliografi
Arba’iyah Mohd Nor (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim (1997). llmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan
Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
R.
Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada
Sejarah. Kuala Lumpur : Marican and Sons.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen