![]() |
gambar hiasan |
Terdapat
lima peringkat atau proses yang perlu dilalui dalam kaedah penyelidikan
sejarah. Proses ini perlu dilalui bagi memastikan segala sumber dan kaedah yang
digunakan adalah tepat dan bertepatan supaya hasil penyelidikan yang diperoleh
adalah asli dan tepat.
Tahap
yang pertama adalah Heuristik. Pada tahap ini, pengkaji mencari sumber untuk
dikerjakan. Bagi sumber pula terdapat dua jenis iaitu sumber primer dan
sekunder. Sumber primer bermaksud sumber yang masih asli dan belum lagi diolah
oleh mana-mana pihak manakala bagi sumber sekunder pula adalah sifatnya yang
tidak asli dan telah diproses ataupun telah ditafsirkan menjadi suatu
generalisasi dan andaian-andaian tertentu dengan berpandukan Sumber Primer.
Tahap
kedua adalah tahap Kritik. Kritik terbahagi kepada dua iaitu kritik luaran dan
kritik dalaman. Pada tahap ini, pengkaji akan menilai
sumber dari sudut pandangan nilai bukti Penulis atau penyelidik yang mempunyai
kecenderungan terhadap sesuatu ideologi, pemikiran, budaya dan sebagainya
cenderung membuat tafsiran terhadap sumber yang diperoleh menjurus kepada sifat
bias.
Ketiga
adalah tahap Sintaksis iaitu pernyataan rasmi tentang penemuan (sintaksis)
heuristik dan kritisme. Dengan erti kata lain, fakta sejarah secara khususnya,
apa yang tergambar ialah adanya suatu konsep yang stabil, kukuh, terbukti dan
tidak boleh dipersoalkan mahupun digugat lagi kebenarannya. Sebagai contohnya,
gambar tokoh-tokoh yang telah ditemu bual bagi sumber lisan, artifak-artifak
atau lain-lain yang boleh dijadikan illustrasi mahupun visual.
Keempat
pula ialah tahap interpretasi atau sintesis iaitu membuat tafsiran yang koheren
kesejarahannya. Dengan erti kata lain, langkah sejarawan seterusnya ialah
mengkaji dan menganalisis sumber-sumber tersebut. Tujuannya ialah mendapatkan
data-data yang diperlukan bagi kajian, iaitu data-data yang berupa fakta-fakta
sejarah, rajah, jadual, gambar ataupun pandangan yang berkait dengan judul atau
bidang dan tempoh kajian.
Kaedah
sejarah yang terakhir ialah tahap ekposisi iaitu mempersembahkan hasilan
ataupun penemuan berdasarkan objektif dan kesignifikasinya. Dengan erti kata
lain, setelah sumber-sumber rujukan dan data-data itu siap dibaca, dibuat
catatan, dikritik jika perlu tentang isi dan kesahihannya, dan dianalisis,
langkah seterusnya ialah menuliskan kajian sejarah itu. Penulisan sebenarnya
adalah merupakan hasil terakhir penyelidikan seseorang sejarawan dan seperti
yang telah dinyatakan merupakan yang terpenting.
nice sharing . singgah sini :)
BalasPadamhttp://www.blogparihh.com/
susah juga ya, banyak benda kena lalui.
BalasPadam