Gambar Hiasan |
Peranan pihak sekolah
Antara cara
untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah juga berperanan
dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana
pihak sekolah merupakan pihak bertanggungjawab untuk mendidik atau mengajar
mahupun membentuk akhlak pelajar di sekolah. Pihak sekolah khususnya guru-guru
perlulah menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan subjek yang diajar supaya
pelajar dapat membezakan antara perkara baik atau perkara buruk sejak awal
lagi. Penerapan nilai-nilai berdisiplin dan bertanggungjawab kepada pelajar
dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan gejala ponteng sekolah.
Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di mana
penghayatan nilai-nilai murni akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan
yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj
Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).
Di samping
itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan peruntukan undang-undang di peringkat
sekolah. Hal ini boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar dan pelajar tidak
akan melakukan sesuatu yang negatif seperti ponteng sekolah.
Jenis tindakan yang boleh
diambil ke atas kesalahan ponteng sekolah:
1.1.KaunselingKaunseling
2.2.AmaranAmaran
3.3.Merotan (sekali)Merotan
(sekali)
4.4.Merotan (2 kali)Merotan (2
kali)
5.5.Merotan (3 kali)Merotan (3
kali)
6.6.Merotan melebihi 3 kali Merotan
melebihi 3 kali
7.7.Gantung sekolah Gantung
sekolah
8.8.Buang sekolah Buang sekolah
9.9.Tindakan polis Tindakan
polis
(Unit Disiplin (1990), Rekod
Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990)Kementerian Pendidikan.
Menurut responden yang ditemu
bual juga, Pelajar yang ditangkap atas kesalahan ponteng akan dirujuk kepada
kaunselor untuk mengenal pasti punca
yang menyebabkan pelajar berkelakuan sedemikian. Seterusnya pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu
bapa berkaitan salah laku pelajar yang ponteng, pada kebiasaannya guru
menjemput ibu bapa untuk hadir ke sekolah. Perbincangan kebiasaannya melibatkan
pihak pentadbir, guru disiplin, guru tingkatan guru-guru mata pelajaran dan
pelajar itu sendiri. Semua pihak yang terlibat berusaha mencari solusi terbaik
supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, denda
juga akan menjadi teladan kepada semua murid-murid supaya tidak mengulangi
perkara yang sama. Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti-aktiviti
yang berbentuk motivasi dan kesedaran kepada murid-murid seperti kempen jangan
ponteng dan ceramah-ceramah motivasi yang akan membantu meningkatkan minat
murid terhadap pembelajaran.
Peranan ibu bapa
Antara cara
untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu memainkan peranan untuk
mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana
banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini juga cukup
bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan
Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada
semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan bahawa keprihatinan
kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk
bersama anak-anak. Oleh
itu, Ibu bapa perlulah sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau
tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Menurut respon yang
ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang belakang dalam membentuk perilaku anak. Tahap
sosial yang semakin meninggi menyebabkan keghairahan mencari wang ringgit dan
harta menjadi keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenang-wenangnya tanpa
menyiasat bagaimana wang tersebut digunakan. Selian itu, Lambakan pusat-pusat
hiburan, pusat beli belah menyebabkan tempat-tempat ini menjadi tempat yang
ideal untuk ponteng. Keluar seawal jam 6 pagi dan pulang lewat malam,
sememangnya masa yang diluangkan dengan anak-anak terhad. Justeru, anak-anak
bebas melakukan apa sahaja yang pastinya sesuatu yang menghiburkan dan
menyeronokkan.
Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi sikap anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap
perbuatan. Ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan
teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik
ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu bapa itu untuk dilaksanakan dalam kehidupan
dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti ponteng
sekolah. Di samping itu, masalah-masalah peribadi ibu bapa seperti masalah
kerja, perbalahan hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan
mendatangkan tekanan kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka melakukan
perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah.
Ingatlah, “segala-galanya
bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D
Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama membentuk
karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada pada hari
akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani
gejala ini. Ibu bapa perlulah menerapkan
nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu agama dalam diri anak-anak sejak kecil lagi
supaya mereka dapat menilai perkara yang baik atau yang buruk sejak awal lagi. Pengajaran
ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan dengan norma masa kini
amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak dan
tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif khususnya ponteng sekolah. Oleh itu, peranan ibu bapa penting untuk
mendidik anak-anak supaya tidak berpengaruh dengan gejala-gejala negatif dan
contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya
berorientasikan Al-Quran dan Al-Hadis.
Peranan Masyarakat
Selain itu,
masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah.
Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam
menangani gejala ini. Seharusnya masyarakat sekeliling haruslah mendukung
konsep ummah atau kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap
tegur-menegur, nasihat-menasihati apabila sesuatu kepincangan berlaku dalam
masyarakat. Masyarakat haruslah mengelak
sikap lepas tangan apabila berlaku sebarang gejala gejala negatif dan jangan
bertindak seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan
ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Pada
masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar
ponteng ini hendaklah dipantau oleh ahli jawatankuasa masyarakat setempat.
Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi
lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Menurut responden
pula, terdapat segelintir masyarakat yang memberikan maklumat berkaitan ‘hot
spot’ pelajar ponteng kepada pihak sekolah. Justeru, pihak sekolah mengambil
tindakan untuk melakukan siasatan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar
terlibat. Jika pelajar ponteng dalam kuantiti yang ramai, pihak sekolah akan
menghubungi pihak berkuasa tempatan seperti pihak polis untuk membuat rondaan
di kawasan tersebut. Pelajar akan dibawa ke balai polis atau dibawa semula ke
sekolah sebelum waris hadir.
Di samping
itu, aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah
diadakan seperti aktiviti hari keluarga ataupun gotong royong. Hal ini demikian
kerana apabila aktiviti seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim
semakin erat menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara
negatif seperti ponteng sekolah. Melalui aktiviti ini juga, pelajar akan lebih
berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu aktiviti. Penerapan
nilai-nilai itu akan mengelakkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif
seperti ponteng sekolah. Menurut responden pula, Selain itu program
kemasyarakatan yang melibatkan PIBG dan JKK kampung, AJK kampung turut diadakan
bagi membanteras gejala ponteng. Pihak yang terlibat ini akan membekalkan
maklumat kepada pihak sekolah dan mesyuarat akan diadakan setiap bulan. Oleh itu, masyarakat memainkan peranan yang
penting dalam membanteras gejala ponteng supaya tidak berleluasa.
Peranan media massa
Media massa
juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini
kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat
disangkal lagi. Selain itu, media massa
juga dikatakan saluran komunikasi dan informasi yang penting buat masyarakat.
Oleh itu, media massa elektronik seperti televisyen boleh memapar kesan gejala
ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada
mereka. Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seprti menghisap dadah, seks bebas dan
sebagainya. oleh itu, media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan
iklan-iklan nasihat dengan penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member
pengajaran kepada semua pihak.
Gambar Hiasan |
Selain itu,
berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang disiarkan oleh media cetak juga
mampu member pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara yang
dilaporkan oleh media massa sudah pasti member pelbagai pendapat yang wujud
lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka
dengan berita yang didengari. Melalui media massa, masyarakat lebih peka
terhadap gejala-gejala yang berlaku dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya
apabila melihat gejala tersebut. sikap bertanggungjawab dalam diri setiap
anggota masyarakat penting dalam menangi gejala ponteng sekolah ini dan tidak
berleluasa.
Di samping
itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita, program atau
iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini
demikian kerana akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru
aksi-aksi tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan
secara tidak langsung akan terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu,
media massa banyak member peranan dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat
dan menangani gejala sosial khususnya ponteng sekolah.
Rujukan
Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy
Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud.
2005. Nilai-nilai
murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan
sejagat.
Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke
arah
kemanusiaan sejagat. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
(1990) Buku Rekod Salah Laku
Masalah Disiplin, Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak
diterbitkan si
ambil daripada : http://pusaka02.blogspot.com/2008/06/intervensi-dalam-menangani-masalah_09.html
terima kas8h bebanyak
BalasPadamisinya banyak membantu saya
terima kas8h bebanyak
BalasPadamisinya banyak membantu saya
sama2..
Padam