Blog Lukman Ganu Memaparkan Berita-Berita, Ilmu pengetahuan, Tutorial dan Banyak lagi.

Jumaat, 29 Ogos 2014

EMPAT KOMPONEN BERTINGKAH LAKU YANG DIKEMUKAKAN OLEH REST

Perkembangan moral seseorang mesti mempunyai komponen-komponen dalam menentukan nilai yang salah atau betul. Rest (1994) mencadangkan model empat bagi perkembangan pendidikan moral. Model tersebut membabitkan semua prosese psikologi yang terlibat dalam pengaturan dan penghasilan tingkah laku moral. Menurut beliau, perkembangan moral adalah satu konstrul yang lebih luas dari penaakulan moral. Empat komponen tersebut ialah sensitiviti moral, pertimbangan moral, motivasi moral dan impementasi.

            Menurut rest, komponen pertama ialah sensiviti moral iaitu kepantasan seseorang menerima situasi sosial dan mengaplikasikan situasi tersebut terhadap tindakan yang diambil, orang yang terlibat dan akibat daripada setiap tindakan dan cara setiap pihak yang bertindak balas atas tindakan yang mungkin diambil. Namun begitu, jika sesuatu situasi berlaku tidak jelas, seseorang itu tidak akan membantu secara suka rela. Sebagai contoh, apabila terlihat kemalangan, seseorang akan berfikir sama ada hendak menolong atau tidak kerana akan menyusahkan mereka. Dengan sensitiviti moral, seseorang itu akan berasa empati atau sebaliknya terhadap oran lain. Selain itu, seseorang akan wujud kesedaran dalam diri terhadap situasi telah yang berlaku dan mempunyai pandangan yang berlainan dalam menentukan sebab-sebab.

            Seterusnya, komponen pertimbangan moral iaitu seseorang itu memutuskan tindakan yang paling bermoral yang patut dilakukan dengan menimbangkan pilihan dan menentukan perkara yang perlu dilakukan dalam situasi yang sama. Sebagai contoh, seseorang iu telah berjanji hendak berjumpa kawan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa dan pada masa yanag sama dia diundang ke majis makan malam bersama-sama rakan sekerja. Melalui situasi ini, seseorang perlu membuat pertimbangan moral untuk menentukan perkara yang perlu dilakukan. Komponen pertimbangan moral yang diperkenalkan oleh Rest juga sama seperti peringkat perkembangan moral Piaget dan Kolhberg iaitu melibatkan penaakulan moral. Komponen ini merupakan konsruk makna moral dan keunggulan moral yang merangkumi kedua-dua elemen afektif dan kognitif.



            Disamping itu, komponen ketiga yang diperkenalkan oleh Rest ialah motivasi moral. Motivasi moral ialah seseorang itu akan memberi keutamaan kepada nilai moral berbanding dengan nilai lain dan mempunyai keinginan untuk mencapainya. Menurut teori hoffman, empati merupakan asas kepada motif yang altruistik. Komponen ini amat berkaitan dengan ketulusan diri dan identiti diri sebagai agen moral. Sebagai contoh, seseorang itu perlu mempunyai nilai keikhlasan dan amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan pujian orang lain. Disamping itu, kefahaman sosial seseorang terhadap keadaan sekeliling juga akan memberi motivasi dalam pemilihan matlamat hidup mereka serta dapat mengekalkan sesetu standard yang profesional.

            Selain itu, komponen keempat ialah implementasi. Implementasi merupakan gabungan kekuatan ego dengan kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan untuk melakukan sesuatu. Sehubungan dengan itu, seseorang akan mempunyai ketekunan, tabah hati, kecekapan dan karektor sebagai virtue dalam komponen ini untuk melakukan sesuatu.
           
Kesimpulannya, semua komponen ini merupakan penentu bagi tindakan moral dan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Namun begitu, teori yang dimajukan oleh Rest tidak memberi tumpuan khusus kepada peranan agam dalam pendidikan nilai dan moral. Oleh itu, teori tersebut lebih sesuai untuk digunakan sebagai asas bagi perkembangan moral seseorang.

RUJUKAN

Nik Aziz Nik Pa dan Noraini Idris (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd



SEJARAH KENEGARAAN NEGARA MALAYSIA

1.0 Pengenalan
Kenegaraan Malaysia ialah pengajian mengenai masyarakat, sosiobudaya, sejarah, politik, dan ekonomi Malaysia. Sejarah pembentukan Malaysia adalah unit. Pada kebiasaannya, sebuah wilayah yang besar dan baru itu ditubuh kerana pemimpin wilayah kecil merasakan bahawa penggabungan itu akan memdatangkan manfaat bersama keadaan  penggabungan  itu. Sistem pemerintahan dan kerakyatan Malaysia sering mengalami perubahan sejak sebelum zaman kesultan sehingga sekarang. Sejarah kenegaraan Malaysia bermula sejak zaman Prasejarah dahulu. Sejarah kenegaraan malaysia boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu kerajaan, kerakyatan dan wilayah sejak zaman dahulu sehingga zaman sekarang.

2.0 Sejarah awal kewujudan Malaysia
Sejarah Tanah Melayu boleh dijejaki pada zaman paleoliti lagi (zaman batu awal , kira-kira 35000 tahun dahulu), diikuti pada zaman Mesolitik (zaman batu tengah, kira-kira 11000 tahun dahulu), zaman neolitik (zaman batu baru, kira-kira 5000 tahun dahulu), dan zaman logam (zaman besi,kira-kira 2500 tahun dahulu). Menurut Mophd. Isa Othman (2002), perkembangan sejarah Malaysia merupakan rentetan sejarah yang panjang. Zaman prasejarah agak kabur kerana kekurangan bukti. Hasil dan cari gali arkeologis di beberapa tapak peninggalan sejarah memebuktikan ketamadunan awal. Antaranya di Kota Tampan (Perak), Bukit Tengku Lembu (Perlis), Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang) dan Gua Niah ( Sarawak). Ada tiga tahap perkembangan zaman prasejarah iaitu zaman paleolitik , mesolitik dan neolitik.
Masyarakat pada zaman paleolitik menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti perburuan. Zaman paleolitik Malaysia tidak mempunyai sepadan negara, tidak berkerajaan, beragama, dan sebagainya. Pada zaman Neolitik pula, masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah dan mereka juga mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemah. Pada zaman logam pula, semakin ramai pendatang tiba. Termasuk puak-puak baru dan pelaut-pelaut. Tanah melayu telah dijadikan satu persinggahan perdagangan pada zaman lampau. Pelaut- pelaut yang datang ke Tanah Melayu dahulu termasuklah dari India, Mesir, timur tengah, jawa dan cina.
Pedagang-pedagang Hindu telah mula menduduki dan membuka penempatan mereka sendiri. Mereka mula memperkenalkan budaya, seni bina, bahasa, tulisan,sistem kerajaan dan sebagainya kepada rakyat setempat. Menurut  Mohd. Isa Othman (2002), pengaruh luar dan setempat telah mencorak sejarah Malaysia. Pada peringkat awal pengaruh India sama ada dari segi keagamaan, budaya dan politik diserapkan ke dalam kebudayaan masyarakat Nusantara. Kedatangan islam kemudiannya menukar agama sebahagian besar penduduk Tanah Melayu. Kesannya, Organisasi dan Institusi kerajaan menjadi lebih mantap dan kompleks.
Daripada bukti-bukti bertulis ternyata sudah wujud kerajaan-kerajaan negara kota di Tanah Melayu sejak awal kurun Masihi. Catatan-catatan China daripada Disnati Sung, Tang dan Miang ada merekodkannya. Kerajaan-kerajaan ini termasuklah di Lembah Merbuk dan Bujang di negeri Kedah. Selain itu wujud kerajaan di Tanah Merah, Kelantan (Ch’ih-tu); di Besut, Terengganu (Tantan) dan di Johor (Loyuen). Petempatan-petempatan lain terdapat di Jenderang Hilir, Selangor; Pulau Kelumpang di Kuala Selinsing Perak dan Santung, Sarawak.

3.0 Komponen kerajaan pada zaman kesultanan melayu
3.1 Sistem pemerintahan pada zaman kesultanan melayu
Politik dan pentadbiran tradisional tidak dipikul oleh sultan sahaja. Para pembesar turut memainkan peranan penting dalam pentadiran di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki hieraki tertinggi dalam sisitem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem pemerintahan tradisional seorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran. Namun demikian semua raja-raja melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874. Melaui politik, sultan atau raja berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan juga mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Sultan juga memtadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar. Selain itu, menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan  negeri. Sultan juga melaksanakan kuasa pusat serta konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja.
            Selepas itu, dalam komponen kerajaan kedua selepas sultan atau raja ialah kerabat diraja. Kerabat diraja terdiri daripada anak raja dan keluarga raja. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung sultan jika tiada putera. Putera sultan juga ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk. Selain itu, golongan bangsawan dan pembesar yang terdiri daripada pembesar dan kaum kerabat diraja  sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. Tugas mereka adalah untuk membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Pembesar juga berkedudukan penting dalam sistem perintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat. Selainitu, mereka menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Merka juga berperanan membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah.
            Selain itu, golongan ulama dan pendeta terut berperanan membantu dalam sistem pemerintahan. Golongan ulama berketurunan Arab melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama. Meraka berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam sistem sosial masyarakat tradisional. Golangan pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang keseniaan, kebudayaan, kesusateran, adat istiadat dan salasilah raja serta menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan istana.
3.2 Masyarakat pada zaman kesultanan melayu
Masyarakat pada zaman melayu terdiri daripada rakyat biasa, rakyat asing dan golongan hamba. Rakyat biasa terdiri daripada petani, pedagang dan tukang. Merka tidak mempunyai kuas dan jawatan dalam pentadbiran. Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dab peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan. Rakyat asing pula terdiri daripada penduduk bukan melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu dan tinggal sementara sahaja serta tidak wajid mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan. Manakala golongan hamba pula berperanan menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat dan menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.

3.3 wilayah pada zaman kesultanan melayu
Wilayah pada Zaman Kesultanan Melayu dapat dirujuk kepada kawasan penempatan Melayu tradisi yang kebanyakannya terletak di kawasan-kawasan yang sesuai untuk pertanian serta mudah untuk mendapatkan sumber bekalan air bagi tujuan pengairan hasil pertanian. Pada ketika itu, penggunaan sistem tali air yang tersusun masih belum wujud serta penggunaan aliran sungai adalah amat praktikal bagi tujuan pertanian tradisi terutama sekali bagi aktiviti penanaman padi. Kebanyakan kampung-kampung Melayu tradisi terletak di tepi-tepi sungai dan juga di kawasan yang berhampiran dengan laut bagi golongan masyarakat Melayu yang terlibat dengan aktiviti perikanan laut. Selain kegunaan sistem air bagi tujuan ekonomi, sungai-sungai dan laut juga digunakan sebagai sistem jaringan perhubungan bagi memudahkan penduduk kampung tradisi untuk berhubung dengan dunia luar.

4.0 komponen kerajaan pada zaman kolonial



4.1 sistem pemerintahan pada zaman kolonial
Kehadiran kuasa penjajah British telah mewujudkan satu budaya baru dalam struktur politik Melayu dewasa ini. Kalau sebelum kedatangan mereka ini struktur politik Melayu sudah tentu berkisar dalam sistem feudal pemerintahan Raja Melayu secara terus. Namun selepas kedatangan penjajah. Intitusi raja dan sultan telah kekurang kuasa dalam pentadbiran. Semasa pemerintah British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura di gabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS). Gabenor telah menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran  peringkat kampung oleh penghulu telah dukekalkan. Di Negeri-Negeri Tidak Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan  dan Pahang pula, Bristsh telah memperkenalkan sistem Penasihat Residen. Manakala, di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB),  Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, Bristish telah memperkenalkan sistem Penasihat Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS. Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua Perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu. Kemunculan sisitem residen ini menyebabkan wujudnya dasar-dasar pengutipan cukai undang-undang tanah dan guna tenaga. Kesannya, sisem residen ini telah menbataskan bidang raja dan pembesar.

4.2  Masyarakat pada zaman kolonial
         Masyarakat pada zaman kolonial atau semasa kedatangan penjajah lebih kepada berbilang kaum kerana kemasukan orang india dan cina ke Tanah Melayu. Kemasukan pendatang india dan cina ke Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menjadi tenaga buruh dan memenuhi tenaga serta mengusahakan tanah, estate berniaga dan sebagainya. Penghijrahan masyarakat luar ke Tanah Melayu bukan sahaja melibatkan kaum Cina dan India, malah ada orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain kepulauan Indonesia. Kebanjiran imigran-imigran dari luar ini telah membentuk konsep masyarakat majmuk di Malaysia. Pada Zaman Kolonial juga banyak membebankan masyarakat dan dianggap sebagai zaman kegelapan di atas sikap kezaliman penjajah terutamanya pihak Jepun sebagai contoh rakyat dipaksa menjadi buruh paksa yang bertujuan untuk kepentingan mereka khususnya dalam aspek ekonomi.

4.3 Wilayah pada zaman kolonial
         Wilayah pada zaman kolonial juga terbahagi mengikut etnik atau lebih mengikut sistem pekerjaan. Orang Melayu biasanya dibahagikan wilayah atau diletakkan di kampung-kampung di semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana orang Melayu dikhususkan untuk melakukan pekerjaan di kampung seperti mengusahakan tanaman atau lebih dikhaskan untuk menjadi petani. Orang Cina tertumpu di kawasan bijih timah di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor. Penghijrahan pesat pada tahun 1880-1914, dan lombong-lombong milik pengusaha Eropah atau Cina. Selain daripada sebagai pelombong dan petani, penghijrahan orang Cina telah menukar corak pekerjaan asal mereka dengan menjadi pedagang dan peniaga di kawasan-kawasan bandar. Para penghijrah baru dinamakan Singkeh namun selepas bebas dinamakan Laukeh. Orang India dibahagikan wilayah mengikut pekerjaan iaitu bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu. Mereka Berhijrah melalui buruh kontrak, sistem Kangani1907, buruh bebas.

5.0 komponen kerajaan pada zaman selepas merdeka
5.1 sistem pemerintahan zaman selepas merdeka
         Selepas malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun  1957, sistem pemerintahan lebih sistematik dengan adanya perlembangan Malaysia. Sistem beraja di  Malaysia perlulah mengikuti dan berlandaskan perlembangaan Malaysia. Menurut  Tun  Mohamed Suffian(1984), di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang tertinngi. Ini amat berbeza kedudukannaya dengan negara lain seperti Britain, Parlimen British yang tertinggi. Raja Berperlembagaan merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.  Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Terdapat dua institusi utama iaitu Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Dari segi komponen kerajaan yang sebenar, ia diketuai oleh Perdana Menteri.
            Dalam sistem pemerintahan Malaysia sekarang, terdapat tiga badan utama iaitu Badan Perundangan, Badan pemerintahan dan Badan kehakiman. Badan perundangan memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada  daripada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agung dan dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasa di seluruh  persekutuan dan Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan . parlimen juga berkuat kuasa menaikkan cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperolehi perlu dimasukkan ke dalam kumpulan wang persekutuan. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat keperyaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik Perdana Menteri.  Badan pemerintah pula atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang.
Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya.
            Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

5.2 Masyarakat pada zaman selepas merdeka
Masyarakat selepas zaman kemerdekaan hidup dengan berbilang bangsa seprti bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Masyarakat hidup dengan berdasar perlembangaan Malaysia dimana agama Islam sebagai agama  rasmi negara tetap tidak menghalang seseorang memeluk agama lain. Kerajaan juga telah memngusahakan supaya satu pendekatan baru dalaam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalakan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi serampang dua mata iaitu mengurang dan membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluanag pekerjaab kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Selain itu, penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Sekarang, masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan pelbagai agama dan bangsa dalam negara ini. Selain itu, banyak peluang-peluang pekerjaan yang wujud dengan adanya dasar-dasar baru.

5.3 Wilayah pada selepas zaman kemerdekaan
Pembahagian wilayah pada zaman ini sudah teratur dan sistematik. Pembahagian adalah mengikut Negeri-Negeri persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Tertakluk kepada Fasa (4) dalam perlembagaan persekutuan, wilayah-wilayah bagi setiap Negeri yang disebut dalam fasal (2) ialah wilayah-wilayah yang termasuk di Negeri-negeri itu sebaik sebelum Hari Malaysia. Selain itu, 3 wilayah persekutuan juga dibentuk iaitu wilayah persekutuan Kuala Lumpur, wilayah persekutuan Putrajaya dan wilayah Persekutuan Labuan.Kuala Lumpur merupakan ibu negara yang banyak memberi sumbangan kepada ekonami Malaysia.

6.0 Penutup
         Kesimpulannya, penubuhan negara Malaysia mempunyai sejarah yang cukup panjang iaitu pada zaman prasejarah, zaman ksultanan melayu, zaman kolonial dan zaman sekarang. Pelbagai rintangan yang dihadapi sebelum membentuk sebuah negara. Komponen kerajaan banyak memainkan peranan dalam sistem perintahan di Malaysia. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah pada zaman penjajah British. Sekarang, masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
7.0 Rujukan
Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan (2013), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Sepantas
Kurnia (M) Sdn. Bhd
Aziz Deraman (2002), Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd. Isa Othman (2002),  Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Disributors
Sdn Bhd
Muhammad Yusoff Hashim (1992), Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Percetakan Watan
Sdn.Bhd

        


Ahad, 20 Julai 2014

KONSEP EMPATI DAN KEPEDULIAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH HOFFMAN, EISEISENBERG DAN GILLIGAN

Perkembangan moral setiap individu amat penting dalam kehidupan bermula dari kanak-kanak sehingga dewasa. Antara elemen dalam perkembangan tingkah laku seseorang ialah empati dan kepedulian. Empati ditafrifkan sebagai sebagai respon afektif dan kognitif yang komplek pada emosional orang lain. Empati termasuk keupayaan untuk mengesan keadaan emosi orang lain, merasa simpati dan mencuba untuk menyelesaikan masalah dan mengambil perspektif orang lain. Manakala kepedulian pula dapat didefinisikan sebagai perihal suka mengambil tahu dan perihatin terhadap orang lain (Kamus Dewan Edisi Ke-4 2005). Konsep empati dan kepedulian dalam perkembangan moral amat penting  dalam kehidupan seharian. Konsep-konsep ini banyak dikemukakan dalam teori perkembangan moral oleh Hoffman, Eisenberg dan Giligan.

Menurut teori empati Hoffman empati adalah emosi yang asas dalam motif moral dan terdapat empat peringkat dalam perkembangan empati. Menurut Hoffman, pada peringkat pertama iaitu sebelum berumur 1 tahun  iaitu empati global.  Empati ini biasaya akan dirasakan oleh semua orang ketika diletak dalam situasi yang sama ketika baru dilahirkan. Empati ini juga tidak dapat dibeza anata perspektif diri dan orang lain. Empati ini biasanya terjadi pada bayi yang baru saja lahir. Contohnya ketika dalam suatu situasi ruang bersalin di hospital dan terdapat bayi-bayi yang memiliki perasaan yang sama. Peringkat kedua pula iaitu empati egocentric berlaku pada anak yang berusia 6 bulan hingga 1 tahun. Dalam peringkat ini, persekitaran yang stabil membolehkan seseorang membezakan antara diri dengan orang lain dan seterusnya membezakan antara emosi dan orang lain.  Kanak-kanak  biasanya belum merasakan mempunyai ketakutan terhadap orang lain dan masih memiliki perspektif yang sama dengan orang lain. Kanak-kanak masih belum mampu membezakan emosi diri dan emosi orang lain  tetapi tidak lagi dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menagis, maka kanak-kanak lain akaan berlari ke arah ibunya dan memegang tangan ibunya. Peringkat seterusnya menurut Hoffman iaitu empati untuk perasaan orang lain iaitu kanak-kanak mula mambayangkan daripada perspektif orang lain dan bertindak balas kepada orang lain. Kanak-kanak mula mengambil peranan yang telah ada seperti memberi respon isyarat dari orang lain dengan berbagai respon emosi. Peringkat terakhir iaitu empati untuk keadaan kehidupan orang lain. Melalui peringkat ini kanak-kanak menyedari tentang hubungan yang berterusan dalam kehidupan diri dan orang lain.

Nancy Eisenberg pula telah membezakan simpati dengan empati. Dalam perkembangan tingkah laku prososial empati Nancy Eisenberg menumpukan kepada faktor-faktor yang mempunyai perkembangan prososial kanak-kanak ( altruistik dan berempati). Antara cirinya ialah mempunyai perasaan penaakulan moral, peranan ibu bapa, guru dan rakan sebaya, kaitan antara personaliti dengan tingkah laku prososial, faktor emosi seperti simpati dan empati dan faktor yang tertekluk kepada situasi sama ada untuk membantu atau tidak. Hal ini dapat menginterasikan pelbagai perspektif pembelajaran sosial dan perkembangan kognitif kanak-kanak. Melalui konsep ini, sosilisasi budaya orang yang significant iaitu keluarga,guru dan sahabat dalam membina kemahiran sosial dengan  membawa motivasi diri. Jika perkara-perkara seperti tiada kecekapan, kurang kemahiran sosial akan membawa kepada pelakuan sosial atau moral dengan konsep empati.

Carol giligan pula merupakan orang yang kuat mengkrtik teori perkembangan moral oleh Lawrence kohlberg. Hal ini demikian kerana Kolberg hanya menggunakan sempel lelaki sahaja apabila membuat kajian. Manakala, Giligan  telah berpendapat bahawa terdapat dua orientasi atau perspektif moral dalam pertimbangan moral yang berbeza antara jantina iaitu orientasi keadilan dan orientasi kepedulian. Dalam orientasi kepedulian ialah keunggulan dalm pertalian, sayang dan disayangi, mendengar dan di dengar, memberi respon dan diberi respon dalam hubungan antara satu sama lain. Sebagai contoh, bagi perempuan yang hendak  mengugurkan bayi untuk kekalkan hubungan tetapi bagi lelaki pula mempunyai pandangan berbeza yang lebih melihat dari subjektif dari segi kewangan. Menurut kajian, pada peringkat awal kanak-kanak memang terdapat perspektif berbeza kerana asuhan kerana ibu bapa mengasuh anak perempuan dan lelaki berbeza-beza. Apabila seseorang jadi dewasa dimana mereka mula berinteraksi dan mendapat pendidikan yang sama maka perempuan juga mendapat ilmu yang sama. Oleh itu, Kita semua mempunyai keadilan dan kepedelulian tetapi situasi moral yang menentukan prinsip mana yang diutamakan.

Kesimpulannya, konsep empati dan kepedulian sememangnya diperlukan dalam perkembangan moral seseorang individu kerana akan membantu dalam perkembangan tingkah laku seseorang individu sejak dari kanak-kanak sehingga dewasa mengikut peringkat.


Isnin, 28 April 2014

FAKTOR-FAKTOR MURID TIDAK BERMINAT DENGAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.1 Murid Berangapan Bahawa Pengetahuan Pendidikan Moral Ini Tidak Perlu Diajar lagi di dalam Kelas Secara Fomal mahupun Informal

Berdasarkan beberapa ugutan murid-murid yang belajar pendidikan moral di sekolah yang menyatakan subjek tersebut membosankan dan tidak mempunyai minat. Terdapat beberapa punca berlakunya ugutan sedemikian. Antara punca berlaku situasi tersebut adalah kerana mereka berangapan bahawa pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di dalam kelas secara fomal mahupun informal. Hal ini demikian kerana mereka merasa telah diterapkan nilai-nilai moral oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Menurut (Abdullah Nasih, 1988) nilai-nilai asas seperti ketaqwaan, keiklasan, hormat-menghormati, kasih-sayang dapat diterapkan dalam keluarga. Sebagai contoh, ibu bapa telah mengajar nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, berkerjasama, sayang menyayangi kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi dan terus dilaksanakan dalam kehidupan. Melalui didikan ibu bapa tersebut, murid-murid merasa sudah menguasai nilai-nilai moral untuk dlaksanakan dalam kehidupan. Pemikiran sebegini lah menjadikan mereka merasa yang mata pelajaran pendidikan moral dianggap sudah tidak sesuai di ajarkan di dalam kelas kerana mereka sudah mengetahui nilai-nilai tersebut secara asasnya.  Pemikiran sebegini perlu dihapuskan kerana pembentukkan nilai-nilai moral disekolah penting kerana dapat menpelajari secara lebih mendalam dan dapat dikaitkan dengan teori-teori moral. Mata pelajaran pendidikan mora penting kerana terdapat sesetengah pihak mengatakan bahawa perkembangan konsep-konsep moral secara cara-cara membuat penaakulan akan diperolehi oleh pelajar-pelajar dengan sendirinya menerusi pengalaman atau pengajaran dirumah dan di sekolah.

1.2 Cara Guru Mengajar Tidak Menarik, Terlalu Formal dan Sikap Guru itu Sendiri


            Selain itu, rugutan negatif pelajar mengenai mata pelajaran pendidikan berpunca daripada cara guru mengajar tidak menarik, terlalu formal dan sikap guru itu sendiri. Melalui perkara ini, guru tidak menggunakan pendekatan secara pengalaman dalam mengajar subjek pendidikan moral ini dan lebih berfokus kepada topik-topik yang tidak penting. Hal ini akan menyebabkan pelajar hanya memperolehi sedikit sahaja faedah dan akan membosankan. Pengajaran mata pelajaran pendidikan moral secara formal juga menyebabkan murid-murid menjadi mudah bosan dan tidak mempunyai minat terhadap subjek tersebut.  Sistem pembelajaran secara formal ialah satu proses yang dilaksanakan secara rasmi mengikut sistem yang ditetapkan. Melalui sistem ini, guru akan hanya memberi penyampai nota-nota mengikut sukatan dan akan meminta murid-murid menghafalnya. Namun begitu, kebanyakan murid-murid tidak mempunyai minat hanya untuk menghafal nota-nota tersebut dan menganggap perkara ini membosankan. Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil guru-guru yang bersikap tidak bertanggungjawab dan bersikap sambil lewa ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini demikian kerana guru menganggap mata pelajaran pendidikan moral tidak begitu penting dan merasa muri-murid telah menguasai nilai-nilai moral di rumah daripada didikan ibu bapa.  Pemikiran sebeginilah telah menyebabkan terdapat guru-guru telah menggunakan waktu mata pelajaran pendidikan moral untuk mengajar mata pelajaran lain dan membuat aktiviti lain. Chong Yee Pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan waktu pendidikan moral sama ada untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti lain yang bukan akademik. Oleh itu, murid-murid tidak banyak diberi pendedahan mengenai mata pelajaran pendidikan moral dan mereka akan mengangap mata pelajaran tersebut tidak begitu penting.



Ahad, 27 April 2014

LIRIK LAGU DANGDUT KAMPUS UPSI



Sesampai di kampus UPSI
Aku duduk termenung
Aduhai banyak program buat aku merana

Sem satu, nganga-nganga
Sem dua, dapat nama
Sem tiga, tumbuh tanduknya
Semempat, jeling-jeling
Semlima, dapat darling
Sem enam, bawa pusing-pusing
Sem tujuh, tak jadi kahwin
Sem lapan, frust menonggeng
Konvokesyen terkontang kanting

Betapa sedihnya hatiku-hatiku, aku sendiri lagi
Betapa sedihnya hatiku-hatiku, aku sendiri lagi
Masak-masak sendiri
Makan-makan sendiri cuci baju sendiri
Semua sendiri
Cinta aku tak punya
Harta lagi kan pula
Cuma apa yang ada, ada-ada saja

Dulu semasa ku dikampungku, makanan ku tangungan orang tuaku
Sekarang aku dikampus UPSI, makanan ku tanggungan Ptptn
Betapa senangnya hatiku-hatiku, aduhai tidak terkira

Betapa senangnya hatiku-hatiku, aduhai tidak terkira