1.1 Murid Berangapan Bahawa Pengetahuan Pendidikan Moral Ini Tidak Perlu Diajar
lagi di dalam Kelas Secara Fomal mahupun Informal
Berdasarkan beberapa ugutan murid-murid yang belajar
pendidikan moral di sekolah yang menyatakan subjek tersebut membosankan dan
tidak mempunyai minat. Terdapat beberapa punca berlakunya ugutan sedemikian.
Antara punca berlaku situasi tersebut adalah kerana mereka berangapan bahawa
pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di dalam kelas secara
fomal mahupun informal. Hal ini demikian kerana mereka merasa telah diterapkan
nilai-nilai moral oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Menurut (Abdullah Nasih,
1988) nilai-nilai asas seperti ketaqwaan, keiklasan, hormat-menghormati,
kasih-sayang dapat diterapkan dalam keluarga. Sebagai contoh, ibu bapa telah
mengajar nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong,
berkerjasama, sayang menyayangi kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi dan
terus dilaksanakan dalam kehidupan. Melalui didikan ibu bapa tersebut,
murid-murid merasa sudah menguasai nilai-nilai moral untuk dlaksanakan dalam kehidupan.
Pemikiran sebegini lah menjadikan mereka merasa yang mata pelajaran pendidikan
moral dianggap sudah tidak sesuai di ajarkan di dalam kelas kerana mereka sudah
mengetahui nilai-nilai tersebut secara asasnya.
Pemikiran sebegini perlu dihapuskan kerana pembentukkan nilai-nilai
moral disekolah penting kerana dapat menpelajari secara lebih mendalam dan
dapat dikaitkan dengan teori-teori moral. Mata pelajaran pendidikan mora
penting kerana terdapat sesetengah pihak mengatakan bahawa perkembangan konsep-konsep
moral secara cara-cara membuat penaakulan akan diperolehi oleh pelajar-pelajar
dengan sendirinya menerusi pengalaman atau pengajaran dirumah dan di sekolah.
1.2 Cara Guru Mengajar Tidak Menarik, Terlalu Formal dan Sikap Guru itu Sendiri
Selain itu, rugutan negatif pelajar
mengenai mata pelajaran pendidikan berpunca daripada cara guru mengajar tidak
menarik, terlalu formal dan sikap guru itu sendiri. Melalui perkara ini, guru
tidak menggunakan pendekatan secara pengalaman dalam mengajar subjek pendidikan
moral ini dan lebih berfokus kepada topik-topik yang tidak penting. Hal ini
akan menyebabkan pelajar hanya memperolehi sedikit sahaja faedah dan akan
membosankan. Pengajaran mata pelajaran pendidikan moral secara formal juga
menyebabkan murid-murid menjadi mudah bosan dan tidak mempunyai minat terhadap
subjek tersebut. Sistem pembelajaran
secara formal ialah satu proses yang dilaksanakan secara rasmi mengikut sistem
yang ditetapkan. Melalui sistem ini, guru akan hanya memberi penyampai nota-nota
mengikut sukatan dan akan meminta murid-murid menghafalnya. Namun begitu,
kebanyakan murid-murid tidak mempunyai minat hanya untuk menghafal nota-nota
tersebut dan menganggap perkara ini membosankan. Selain itu, terdapat juga
sebilangan kecil guru-guru yang bersikap tidak bertanggungjawab dan bersikap
sambil lewa ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini demikian
kerana guru menganggap mata pelajaran pendidikan moral tidak begitu penting dan
merasa muri-murid telah menguasai nilai-nilai moral di rumah daripada didikan
ibu bapa. Pemikiran sebeginilah telah
menyebabkan terdapat guru-guru telah menggunakan waktu mata pelajaran
pendidikan moral untuk mengajar mata pelajaran lain dan membuat aktiviti lain.
Chong Yee Pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran
pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan
waktu pendidikan moral sama ada untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan
aktiviti lain yang bukan akademik. Oleh itu, murid-murid tidak banyak diberi
pendedahan mengenai mata pelajaran pendidikan moral dan mereka akan mengangap
mata pelajaran tersebut tidak begitu penting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen