Blog Lukman Ganu Memaparkan Berita-Berita, Ilmu pengetahuan, Tutorial dan Banyak lagi.

Isnin, 28 April 2014

FAKTOR-FAKTOR MURID TIDAK BERMINAT DENGAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.1 Murid Berangapan Bahawa Pengetahuan Pendidikan Moral Ini Tidak Perlu Diajar lagi di dalam Kelas Secara Fomal mahupun Informal

Berdasarkan beberapa ugutan murid-murid yang belajar pendidikan moral di sekolah yang menyatakan subjek tersebut membosankan dan tidak mempunyai minat. Terdapat beberapa punca berlakunya ugutan sedemikian. Antara punca berlaku situasi tersebut adalah kerana mereka berangapan bahawa pengetahuan pendidikan moral ini tidak perlu diajar lagi di dalam kelas secara fomal mahupun informal. Hal ini demikian kerana mereka merasa telah diterapkan nilai-nilai moral oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Menurut (Abdullah Nasih, 1988) nilai-nilai asas seperti ketaqwaan, keiklasan, hormat-menghormati, kasih-sayang dapat diterapkan dalam keluarga. Sebagai contoh, ibu bapa telah mengajar nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, berkerjasama, sayang menyayangi kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi dan terus dilaksanakan dalam kehidupan. Melalui didikan ibu bapa tersebut, murid-murid merasa sudah menguasai nilai-nilai moral untuk dlaksanakan dalam kehidupan. Pemikiran sebegini lah menjadikan mereka merasa yang mata pelajaran pendidikan moral dianggap sudah tidak sesuai di ajarkan di dalam kelas kerana mereka sudah mengetahui nilai-nilai tersebut secara asasnya.  Pemikiran sebegini perlu dihapuskan kerana pembentukkan nilai-nilai moral disekolah penting kerana dapat menpelajari secara lebih mendalam dan dapat dikaitkan dengan teori-teori moral. Mata pelajaran pendidikan mora penting kerana terdapat sesetengah pihak mengatakan bahawa perkembangan konsep-konsep moral secara cara-cara membuat penaakulan akan diperolehi oleh pelajar-pelajar dengan sendirinya menerusi pengalaman atau pengajaran dirumah dan di sekolah.

1.2 Cara Guru Mengajar Tidak Menarik, Terlalu Formal dan Sikap Guru itu Sendiri


            Selain itu, rugutan negatif pelajar mengenai mata pelajaran pendidikan berpunca daripada cara guru mengajar tidak menarik, terlalu formal dan sikap guru itu sendiri. Melalui perkara ini, guru tidak menggunakan pendekatan secara pengalaman dalam mengajar subjek pendidikan moral ini dan lebih berfokus kepada topik-topik yang tidak penting. Hal ini akan menyebabkan pelajar hanya memperolehi sedikit sahaja faedah dan akan membosankan. Pengajaran mata pelajaran pendidikan moral secara formal juga menyebabkan murid-murid menjadi mudah bosan dan tidak mempunyai minat terhadap subjek tersebut.  Sistem pembelajaran secara formal ialah satu proses yang dilaksanakan secara rasmi mengikut sistem yang ditetapkan. Melalui sistem ini, guru akan hanya memberi penyampai nota-nota mengikut sukatan dan akan meminta murid-murid menghafalnya. Namun begitu, kebanyakan murid-murid tidak mempunyai minat hanya untuk menghafal nota-nota tersebut dan menganggap perkara ini membosankan. Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil guru-guru yang bersikap tidak bertanggungjawab dan bersikap sambil lewa ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini demikian kerana guru menganggap mata pelajaran pendidikan moral tidak begitu penting dan merasa muri-murid telah menguasai nilai-nilai moral di rumah daripada didikan ibu bapa.  Pemikiran sebeginilah telah menyebabkan terdapat guru-guru telah menggunakan waktu mata pelajaran pendidikan moral untuk mengajar mata pelajaran lain dan membuat aktiviti lain. Chong Yee Pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan waktu pendidikan moral sama ada untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti lain yang bukan akademik. Oleh itu, murid-murid tidak banyak diberi pendedahan mengenai mata pelajaran pendidikan moral dan mereka akan mengangap mata pelajaran tersebut tidak begitu penting.



Ahad, 27 April 2014

LIRIK LAGU DANGDUT KAMPUS UPSI



Sesampai di kampus UPSI
Aku duduk termenung
Aduhai banyak program buat aku merana

Sem satu, nganga-nganga
Sem dua, dapat nama
Sem tiga, tumbuh tanduknya
Semempat, jeling-jeling
Semlima, dapat darling
Sem enam, bawa pusing-pusing
Sem tujuh, tak jadi kahwin
Sem lapan, frust menonggeng
Konvokesyen terkontang kanting

Betapa sedihnya hatiku-hatiku, aku sendiri lagi
Betapa sedihnya hatiku-hatiku, aku sendiri lagi
Masak-masak sendiri
Makan-makan sendiri cuci baju sendiri
Semua sendiri
Cinta aku tak punya
Harta lagi kan pula
Cuma apa yang ada, ada-ada saja

Dulu semasa ku dikampungku, makanan ku tangungan orang tuaku
Sekarang aku dikampus UPSI, makanan ku tanggungan Ptptn
Betapa senangnya hatiku-hatiku, aduhai tidak terkira

Betapa senangnya hatiku-hatiku, aduhai tidak terkira

Rabu, 19 Mac 2014

CITA-CITAKU INGIN MENJADI GURU



Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Begitulah keratan sajak ‘guru oh guru’ hasil nukilan Usman Awang. Jika dilihat di sebalik makna tersirat sajak tersebut menunujukkkan betapanya besarnya tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan insan berjaya. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungan dengan tuhan.

            Setiap orang pasti mempunyai cita-cita tersendiri. sewaktu di zaman persekolahan ramai kawan-kawan yang bercita-cita ingin menjadi doktor, juruterbang, saintis dan sebagainya. berbeza dengan aku yang mempunyai cita-cita ingin menjadi seorang pendidik atau guru. Entah kenapa cita-cita itu tersemat dalam diri sejak kecil lagi. Aku gantungkan cita-cita tersebut kerana terinspirasi dari guru-guru aku yang yang sangat luar biasa. Mereka mendidik tanpa mengenal erti penat lelah. Bagi aku, guru adalah satu pekerjaan yang mulia. Aku tidak peduli pandangan orang lain yang menyatakan guru adalah pekerjaan yang bergaji rendah, sering mengalami tekanan dan akan berhadapan dengan tingkah laku muri-murid yang berbeza. Aku tetap memilih guru sebagai cita-cita utama untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Tercapaikah cita-cita aku dengan dasar pendidikan negara sekarang? Aku akan terus berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut.


-STUDENT UPSI-

Ahad, 23 Februari 2014

MORAL


Moral dalam bahasa latin iaitu Moralitis merupakan istilah manusia menyebut  ke manusia atau orang lainnya dalam tindakan yang memiliki nilai positif. Manusia yang tidak memiliki nilai positif dianggap tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya. Sehingga moral adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia, Moral pada masa sekarang memiliki nilai implisit kerana banyak orang yang memiliki sikap moral atau tidak bermoralitu dari sudut yang sempit. Moral itu sifat dasr yang diajarkan di sekolah-sekolah dan manusia harus memiliki moral jika ia ingin dihormati oleh sesamanya.

CERITAKU BERMULA DISINI....

Usiaku semakin meningkat naik.detik demi detik aku terus melangkah ke hadapan untuk mecorakkan kehidupan aku sendiri. Banyak lagi ilmu yang akan aku cari sebelum menceburi bidang kerjaya. Selepas tamat zaman persekolahan, aku terus melangkah ke alam menara gading. disini cabaran baru bermula untuk menimba ilmu yang tidak pernah cukup. Aku telah ditawarkan ke sebuah universiti pendidikan yang terkenal di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Peluang ini sememangnya tidak aku sia-siakan. sejak dahulu lagi aku mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pendidikan, tidak sangka pula cita-citaku sejak kecil lagi hampir-hampir tercapai. UPSI terletak di sebuah daerah di Perak iaitu Tanjung Malim. Tanjung Malim merupakan sebuah dearah kecil yang terletak di tepi banjaran titiwangsa. Di tanjung malim lah tempat aku menuntut ilmu selama 4 tahun demi untuk mencapai cita-citaku ini.


poyo ..hahaha