Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Begitulah keratan sajak
‘guru oh guru’ hasil nukilan Usman Awang. Jika dilihat di sebalik makna
tersirat sajak tersebut menunujukkkan betapanya besarnya tanggungjawab seorang
guru untuk melahirkan insan berjaya. Profesion perguruan adalah satu profesion
yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat
dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini, peranan dan
tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan peranan penting untuk
memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta hubungan dengan
tuhan.
Setiap orang pasti mempunyai cita-cita tersendiri.
sewaktu di zaman persekolahan ramai kawan-kawan yang bercita-cita ingin menjadi
doktor, juruterbang, saintis dan sebagainya. berbeza dengan aku yang mempunyai
cita-cita ingin menjadi seorang pendidik atau guru. Entah kenapa cita-cita itu
tersemat dalam diri sejak kecil lagi. Aku gantungkan cita-cita tersebut kerana
terinspirasi dari guru-guru aku yang yang sangat luar biasa. Mereka mendidik
tanpa mengenal erti penat lelah. Bagi aku, guru adalah satu pekerjaan yang
mulia. Aku tidak peduli pandangan orang lain yang menyatakan guru adalah
pekerjaan yang bergaji rendah, sering mengalami tekanan dan akan berhadapan
dengan tingkah laku muri-murid yang berbeza. Aku tetap memilih guru sebagai
cita-cita utama untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Tercapaikah cita-cita
aku dengan dasar pendidikan negara sekarang? Aku akan terus berusaha untuk
mencapai cita-cita tersebut.
-STUDENT UPSI-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen