Kesan
Pengambilan Daun Ketum
Di sini saya ingin kongsikan kesan pengambilan daun ketum yang patut kita semua tahu. daun ketum sering kali kita dengar adalah bahan larangan yang berbahaya. namun begitu. daum ketum juga mempunyai kesan baik dalam bidang perubatan yang telah dikaji beberpa orang pakar. berikut saya kongsikan kesan baik dan buruk pengambilan daun ketum:
Kesan
pengambilan ketum dari segi perubatan
1. Melancarkan
perjalanan darah dan penawar sakit urat.
2. Membantu
memulihkan penyakit luka dan bengkak(diabetes feet)
3. Membantu
menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran
4. Merawat
ketagihan dadah
5. Menghilangkan
rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi
dan lelah.
6. Melegakan
penyakit darah tinggi dan kencing manis.
7. Mengatasi
cirit birit.
8. Ubat
tahan sakit
Kesan
pengambilan berlebihan ketum yang menyebabkan penagihan
1. Susut
berat badan
2. Insomnia
3. Anoreksia
4. Bibir
menjadi kering
5. Sembelit
atau kesukaran membuang air besar
6. Kesan
lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan
penyingkiran (withdrawal)
1. Simptom-simptom
tarikan seperti mata dan hidung berair
2. Sengal-sengal
sendi
3. Mudah
marah
4. lemah
untuk bekerja
Risiko
pengambilan Ketum
1. Tertidur
semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan mengantuk dengan tiba-tiba
tanpa amaran
2. Ketagih
jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil
bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,
3. Dos
besar kafein menyebabkan kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan
darah
4. Jika
diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat menyebabkan kesan sedatif
berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian