Written By LUKMAN GANU on Isnin, 7 Mac 2016 | 10:20 PG
























Pasar Vinh Loi di Seestrasse, Jerman merupakan pasar yang selalu dikunjungi oleh orang ramai. Kebanyakan pembeli yang merupakan orang Asia akan membeli bahan-bahan untuk masakan seperti cili kering, sayur bayam, kacang panjang dan lain-lain. Selain itu, penduduk tempatan di Jerman juga tidak ketinggalan mengunjungi pasar ini untuk mendapatkan sajian citarasa Asia.
Tempe juga turut dijual di pasar milik orang Vietnam ini. Namun jangan tak percaya harga tempe di pasar ini dijual lebih mahal berbanding di Malaysia. Tempe dengan berat hanya 400 gram dijual dengan harga 1.79 Euro atau bersamaan dengan harga RM9.00. Harga tempe di Jerman juga sama dengan harga sekilo peha ayam yang dijual pada harga 1.99 Euro.
Ini adalah merupakan perbezaan yang ketara untuk harga tempe yang dijual di Jerman berbanding di Malaysia. Namun kalau sudah kempunan ingin menikmati tempe, harga tidak menjadi masalah.
Import merupakan salah satu faktor kenapa harga bahan makanan Asia lebih mahal di sini. Tetapi tempe di Jerman tidak diimport dari Malaysia. Jerman sudah menghasilkan sendiri tempe mereka dengan nama yang menggunakan nama yang sama. Tempe dihasilkan oleh perusahan tempatan di Jerman iaitu Natural Vegetarian Food.
Sumber dari Yuda.com

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Tempe Jadi Makanan Paling Mewah Di Jerman. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger