Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 4 Mac 2016 | 2:36 PTG



Pelik tapi benar? Benarkah Nasa ingin tanam kentang di Planet Marikh?.Baru-baru ni, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) sedang menjalankan eksperimen perintis bersama Pusat Ubi Kentang Antarabangsa Peru (CIP) bagi menentukan sama ada tanaman Kentang boleh tumbuh di Marikh.

Sebanyak 4,500 jenis kentang didaftarkan di bawah CIP akan menjalani ujian ketat, di mana kesemua yang dipilih adalah berasal daripada pelbagai zon ekologi berbeza dan mampu bertahan dengan perubahan iklim secara tiba-tiba.

Astrobiologist Nasa, Julio Valdivia Silva berkata, ubi kentang yang lulus ujian itu perlu memenuhi kriteria akhir iaitu bukan sahaja mampu tumbuh dengan baik di planet tersebut tetapi boleh dihasilkan semula dalam kuantiti besar.

"Kami hampir 100 peratus pasti bahawa banyak kentang yang dipilih akan lulus ujian disediakan," katanya.

Difahamkan, penyelidikan berkenaan diharap dapat membantu masalah kekurangan makanan, mengurangkan kadar kemiskinan serta mencapai keselamatan makanan pada masa akan datang.

Sumber - AFP

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang Benarkah Nasa Ingin Tanam Kentang Di Planet Marikh. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger