Written By LUKMAN GANU on Rabu, 7 Januari 2015 | 1:03 PTG



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada pandangan saya, terdapat banyak bentuk tranformasi dan inovasi pendidikan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara bertaraf dunia. tranformasi dan inovasi pendidikan perlu dilakukan untuk menghadapi dunia glabalisasi pada hari ini.

            Antara tranformasi dan inovasi pendidikan yang boleh digunakan ialah membuat dasar-dasar yang menjurus kepada kepekaan murid-murid terhadap keadaan dunia hari ini. Hal ini demikian kerana supaya murid-murid lebih mengetahui keadaan sebenar dunia pada hari sejak awal lagi dan dapat belajar untuk membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi cabaran yang akan datang. Sebagai contoh, menyelitkan isu-isu semasa terkini di dalam subjek-subjek tertentu agar dapat memberi pendedahan awal kepada murid-murid keadaan sebenar dunia hari ini.

            Di samping itu, penggunaan teknologi moden dalam pengajaran dan pembelajaran amat dalam pendidikan agar dapat memberi penyampaian yang berkesan terhadap pelajar. Sebagai contoh, melalui teknologi seperti alat bantu mengajar iaitu powerpoint, video serta visual akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu, penggunaan teknologi seperti  pembelajaran dalam talian juga dari rumah dapat menambahkan tahap ilmu pengetahuan murid-murid itu sendiri. Murid-murid akan lebih mudah berhubung dengan guru apabila mempunyai masalah tentang pembelajaran.

            Di samping itu, tranformasi juga perlu dilakukan di peringkat pendidikan guru sama ada di maktab-maktab ataupun di semua Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA). Kaedah-kaedah kuliah perlu lebih kepada bersifat komunikasi dua hala supaya bakal-bakal guru dapat mempunyai yang mantap dalam komunikasi. Bakal-bakal guru perlu diberikan banyak latihan mengenai kaedah-kaedah terbaik untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.

            Kesimpulannya, tranformasi dan informasi dalam pendidikan perlu dilakukan sebagai persiapan dalam menghadapi cabaran akan datang. Sekian terima kasih.
           


G+

Anda baru saja membaca artikel tentang BENTUK TRANFORMASI DAN INOVASI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger