Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 3 Oktober 2014 | 12:22 PTG



KUALA NERUS - Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman memuji prestasi barisan pemain pasukan Terengganu yang menunjukkan peningkatan sejak belakangan ini. 
                             Katanya, ia termasuk kejayaan skuad Penyu meneruskan saingan dalam Piala Malaysia dan bakal bertemu pasukan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) Kuala Terengganu.
“Saya melihat prestasi Terengganu kini berada pada tahap yang membanggakan dan kita juga berharap ia terus dikekalkan agar Terengganu kekal menjadi pasukan bola sepak yang digeruni pihak lawan.                      “Malah, jika prestasi cemerlang ini dikekalkan, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menambah peruntukan termasuk bantuan kewangan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan pasukan kita ini,” katanya.                                             Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Pengagihan Lembu Korban di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam.                                                                            Katanya lagi, kerajaan negeri juga sentiasa menyokong pasukan Terengganu dan bidang sukan lain agar memastikan lebih ramai atlet termasuk pemain bola sepak bertaraf profesional kelahiran Terengganu berjaya dilahirkan.  
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ahmad Razif turut mengingatkan semua penyokong skuad Penyu menjaga disiplin dan mengelak daripada menimbulkan provokasi atau ketegangan  terhadap penyokong pasukan lawan dalam perlawanan yang dijangka sengit bertemu JDT malam ini.                                       Katanya, perlawanan bola sepak seharusnya menjadi medan untuk menyatupadukan semua pihak, walaupun daripada penyokong pasukan yang berbeza.

Sumber: SINAR HARIAN

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang PRESTASI PASUKAN TERENGGANU DIPUJI. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger