Written By LUKMAN GANU on Sabtu, 4 Oktober 2014 | 1:53 PTG



Dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia, memang kita tak lari daripada melakukan kesalahan. Sebab fitrah semulajadi manusia ini kita diciptakan peraturan yang perlu kita ikut. Untuk menyedarkan kita yang kita dah jauh terpesong dari landasan yang sebenarnya. Kalau kita nilai dan hayati balik peraturan yang telah ditetapkan, maka kita akan sedar sebenarnya peraturan itu dicipta bukan sekadar untuk menghalang kita daripada melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sepatutnya, sebaliknya memberi kita peluang untuk memperbaiki kembali kesalahan yang telah kita lakukan.
Kadang-kadang kita terlepas pandang  dan tidak sedar apa yang kita lakukan sebenarnya telah melanggar peraturan. Mungkin ini dipengaruhi oleh sifat manusia yang mudah leka dan lalai dalam segala tindakan yang mereka lakukan. Tidak semestinya sesuatu tindakan itu menggambarkan keperibadian sepenuhnya individu yang melakukan kesalahan. Mungkin apa yang mereka telah lakukan adalah pengajaran yang sebenarnya untuk mengajar mereka menghargai kehidupan. Setiap manusia menilai kehidupan dari sudut pandang yang berlainan.

Seseorang yang pernah melakukan kesalahan lebih memahami kehidupan yang mereka lalui. Ini kerana mereka sudah merasai akibat apabila melakukan sesuatu tindakan dan membuatkan mereka lebih berwaspada. Mereka akan pastikan kesalahan yang mereka lakukan tidak akan lagi berulang. Mereka akan menjadi lebih matang dan belajar untuk menghargai kehidupan yang mereka miliki sekarang.

Apa-apapun ianya terpulang kepada pihak yang terlibat. Mungkin pihak yang teraniaya merasakan mereka boleh memaafkan tetapi sukar untuk menerima orang yang telah melakukan kesalahan itu dalam hidup mereka. Gunakanlah pertimbangan yang sewajarnya, pasti kita akan bahagia. Dan apa yang penting, walau sepahit mana kepedihan yang kita lalui, pasti ada hikmah dan akan mengajar kita makna kehidupan.


Semakin panjang usia kita, semakin banyak kesalahan yang akan kita lakukan. Tetapi sekiranya kita belajar dari kesalahan yang telah dilakukan, kita akan menjadi seorang insan yang bernilai.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang KEHIDUPAN ADALAH SATU PELUANG. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger