Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 3 Oktober 2014 | 2:43 PTG



MAKKAH - Jambatan Jamrah baharu kini boleh memuatkan 500,000 jemaah dalam satu masa, menurut Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb, kelmarin.

Beliau memaklumkan kementeriannya juga merancang untuk memperluaskan laluan di Mina untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa akan datang.

"Anggota keselamatan akan turut ditempatkan di sekitar Jambatan Jamrah untuk memantau pergerakan jemaah sepanjang ibadat melontar," katanya dalam laporan Arab News. 
Sementara itu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah mengesahkan persediaan menerima kedatangan jemaah berjalan lancar seperti dijadualkan.
Difahamkan, beberapa pemimpin negara Islam termasuk Presiden Sudan, Omar Bashir, Presiden Somali, Hassan Sheikh Mahmoud dan Presiden Maldives, Abdullah Yameen turut mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim ini.
Dalam satu kenyataan lain, Presiden Meteorologi dan Alam Sekitar melaporkan cuaca di Makkah, Madinah dan kawasan sekitarnya adalah sederhana dengan suhu di bawah 36 darjah Celsius.

Sumber: SINAR HARIAN

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang JAMBATAN JAMRAH TAMPUNG 500,000 JEMAAH. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger