Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 3 Oktober 2014 | 9:34 PTG



Gaza oh Gaza..
Di senja ini
Aku terharu, sedih dan hiba
mendengar tangisan anak-anak kecil
melihat raungan ibu-ibu
menyaksikan ratapan bapa-bapa
Jiwa mereka meronta
Hati mereka membara
Jasad mereka diseksa
Dalam penjara terbesar di dunia..Gaza
Puluhan tahun dicengkam derita
Puluhan tahun dihimpit bahana
Puluhan tahun diperkosa
atas kekejaman bangsa Yahudi
berfahaman zionist laknatullah
Gaza oh Gaza
Mana dia OIC?
Mana dia PBB?
Mana dia NATO?
sanggup kau menunjangi
haiwan yang mengganas
membaham mangsa tanpa belas kasihan?
sanggup kau mendokong?
sanggup kau memveto?
demi menghalalkan
penjarah
yang tak pernah ada hati perut?
Aku di sini
hanya mampu berdoa
kepadaMu Ya Allah
sejahterakanlah insan-insan
di bumi Gaza..
kerana mereka adalah juga..
Saudara-saudara seagama denganku
Gaza oh Gaza



Ya Allah Engkau yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.Doaku dan umat2 Islam seluruhnya Engkau sembuhkan apa yang sakit, Engkau lapangkan apa yang sempit dan Engkau maniskan setiap apa yang pahit untuk rakyat Palestin di bumi Gaza. Amin Yarabal Alamin

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang GAZA OHH GAZA. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger