Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 3 Oktober 2014 | 5:58 PTG



Bukan mudah untuk kita memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu. Ikuti tips berikut, ternyata ia dapat membantu kita dalam mencari seorang teman sejati!

1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup menolak krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.

2. Memahami
Kita boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kita! Individu ini wajar kita dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kita! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kita dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kita atau mungkin ingin memperalatkan diri kita sahaja!

3. Profesional
Sedang kita mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri kita dan cuba memahami situasi kita. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri kita dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kita dampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi kita setiap kali kita berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kita menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kita boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kita mengajaknya utk bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!

4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan kita, dia akan menegur kita dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kita kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kita boleh menerima dengan hati yang terbuka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kita!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri kita…
• Kita sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
Hindari diri darinya!

1.Teman yang menjatuhkan kita
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!

2. Teman yang memiliki pengaruh negatif
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kita sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
• Dia mengajak kita melakukan sesatu perkara yang kita sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kita sendiri tidak menyenanginya!

3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan kita.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kita memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kita memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.

4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kita miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kita.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri kita.

5. Teman yang suka meniru kita!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga ingin sama dengan kita.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa kita terlebih dahulu.


• Apa jua yang kita suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Bagaikan saudara KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang ERTI PERSAHABATAN. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger