Written By LUKMAN GANU on Jumaat, 3 Oktober 2014 | 2:34 PTG



SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf bakal mengadakan Mini Karnival di Plaza Angsana, Johor Bahru bagi memberi peluang kepada penggemar  buku dan majalah di selatan tanah air mendapatkan bahan bacaan dengan harga serendah RM1.

Pengurus kanan Grup Buku Karangkraf, Raja Shahfaizal Raja Khairudin berkata, selain tawaran serendah RM1, karnival ini turut menyediakan potongan harga kepada pengunjung bermula 20 sehingga 50 peratus bagi setiap buku yang dijual.

“Program ini akan diadakan pada 9 sehingga 11 Oktober dengan berbagai-bagai aktiviti menarik seperti sesi bertemu penulis buku Alaf 21 dan Buku Prima seperti Fida Rohani, Azleya Shadzalin, Nureen Mirza dan Hasrudi Jawawi.

“Karnival ini menyelitkan program pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sekolah rendah,” katanya.

Menurutnya, Karangkraf turut memberi tawaran menarik buat penggemar novel mendapatkan empat buah novel menarik yang bakal di adaptasi kepada drama dan filem.

“Antara novel tajuk novel itu seperti Suami Ku Encik Sotong, Manisnya Cinta, Bila Hati Berbicara dan Street Van Detta.

“Untuk setiap novel ini, pembeli bakal mendapat potongan harga sebanyak 20 peratus daripada harga asal,” katanya.

Selain itu, al-Quran keluaran Karya Bestari turut dijual sepanjang karnival berlangsung dengan tawaran potongan harga sebanyak 20 peratus untuk setiap naskhah.

Beliau berkata, program tersebut dianjurkan buat kali kedua di lokasi pada 2011.

“Kami menerima permintaan yang tinggi daripada pembaca Johor yang sememangnya memilih buku-buku keluaran Karangkraf sebagai bahan bacaan.

"Jadi pihak kami mengambil peluang ini untuk memenuhi selera pembaca di sana," katanya.

Katanya lagi, Mini Karnival ini merupakan program kedua diadakan selepas mengadakannya di Kelantan pada 25 hingga 27 September lalu.


Sumber: SINAR HARIAN

G+

Anda baru saja membaca artikel tentang BUKU DIJUAL SERENDAH RM1. Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Masukkan email anda dibawah ini untuk berlangganan secara percuma dengan email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel terbaru dari LUKMAN GANU
feedburner

0 ulasan:

Catat Ulasan

aik.. baca je ke.. komen la sikit.hehe

LUKMAN GANU © 2014.
Blog Lukman Ganu memaparkan info-info menarik, berita-berita, ilmu pengetahuan, tutorial dan banyak lagi. Powered By Blogger